Contoh Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam 1447 H Tahun 2025

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
ucapan maal hijrah awal muharam

Sempena tahun baru islam iaitu Awal Muharam 1447H yang bakal disambut pada 27 Jun 2025 ini, anda boleh dapatkan senarai ucapan Maal Hijrah kepada kenalan dan sanak saudara sebagai pengganti diri.

Ditambah lagi kini kita mempunyai pelbagai platform untuk menyampaikan ucapan Awal Muharam seperti di Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Jadi lebih mudah ucapan ini boleh disampaikan.

Jadi semoga perkongsian senarai ucapan dan pantun Maal Hijrah dan Awal Muharam ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea untuk ucapan pada tahun ini.

Contoh Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharam 1447 H / 2025

Menjelma lagi tahun baru,
Penyatuan ummah jiwa dan raga
Muharram membuka lembaran baru
Tingkatkan amalan menuju Syurga.

Hijrah itu bukan pelarian,
Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.

Menjelma lagi Tahun Baru,
Penyatuan Ummah jiwa raga.
Muharam membuka lembaran baru,
Tingkatkan amalan menuju Syurga.

Kini tiba bulan Muharram 1447 Hijrah,
Semoga dapat menyinari hidup kita,
Dengan memperbaiki diri.
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT,
Jadikan tahun depan ini lebih baik dari tahun lalu.

Salam Maal Hijrah 1447, Selamat Tahun Baru Islam.

Selamat Menyambut Tahun Baru 1447 Hijrah.
Semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan di tahun baru ini.

ucapan maal hijrah awal muharam

Awali bulan dan tahun yang baik dengan doa yang terbaik.
Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1447 Hijrah.

Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.

Awal Muharam menjelma lagi,
Mengatur azam di tahun baru,
Panjang umur murah rezeki,
Moga sihat ceria selalu.

Dari Mekah ke Kota Madinah,
Umat Islam melakar penghijrahan,
Hijrah lambang perpaduan ummah,
Bersatu hati membentuk perpaduan

Hijrah itu bukan pelarian,
Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.

Salam Maal Hijrah 1447H

Sumber : notaria.my

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Contoh Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam 1447 H Tahun 2025”

Leave a Comment