Contoh Doa Hari Arafah Yang Anda Boleh Amalkan Sempena 9 Zulhijjah Ini

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
contoh doa hari arafah

Hari Arafah merupakan salah satu hari yang paling mulia dalam kalender Islam. Ia jatuh pada 9 Zulhijjah, sehari sebelum sambutan Aidiladha, dan menjadi kemuncak bagi ibadah haji.

Bagi jemaah yang berada di Tanah Suci, mereka akan berkumpul di Padang Arafah untuk berwukuf, satu rukun yang sangat penting dalam ibadah haji. Namun bagi umat Islam yang tidak mengerjakan haji, hari ini tetap membawa peluang besar untuk merebut keampunan dan limpahan rahmat daripada Allah SWT.

Antara amalan yang paling utama pada hari ini ialah berdoa. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa doa yang paling afdal adalah doa pada hari Arafah. Oleh itu, tidak kira di mana kita berada, rebutlah peluang ini untuk memanjatkan doa hari Arafah dengan penuh pengharapan.

Doa yang lahir dari hati yang ikhlas dan tunduk ini berpotensi mengubah nasib seseorang, menghapus dosa, dan membuka pintu-pintu rezeki serta keberkatan hidup.

Waktu 9 Zulhijjah Iaitu Hari Arafah Di Malaysia

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun 2025 iaitu hari Sabtu yang juga bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1446 Hijri.

BACA JUGA : Contoh Ucapan Hari Raya Aidiladha Yang Menarik

Jadi Hari Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijjah adalah jatuh pada hari Jumaat bersamaan 6 Jun 2025. Selain amalan puasa sunat, berbanyakkan doa pada hari yang istimewa ini.

Contoh Doa-Doa Hari Arafah Yang Anda Boleh Amalkan

Bagi memudahkan anda, berikut adalah beberapa contoh doa hari Arafah yang boleh diamalkan. Sama ada dalam bahasa Arab, Melayu atau apa jua bahasa yang difahami, yang penting adalah kesungguhan hati dan pengharapan penuh kepada Allah SWT pada hari yang agung ini.

1) Doa Daripada Rasulullah SAW sendiri :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Laa ilaaha illallah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai’in qadir.”

Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

2) Doa Untuk Diri Sendiri

“Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, zahir dan batin, besar dan kecil, yang lama dan baru, yang aku tahu atau tidak tahu.”

“Ya Allah, kukuhkan imanku, luruskan hatiku, jauhkan aku dari sifat riak, ujub, takbur, hasad dan segala penyakit hati.”

“Ya Allah, jadikan aku insan yang sabar, tenang dan redha dengan segala ketentuan-Mu.”

“Ya Allah, matikan aku dalam husnul khatimah dan bangkitkan aku dalam kalangan orang beriman.

3) Doa Untuk Keluarga

“Ya Allah, ampunkan dosa ibu bapaku, rahmatilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak kecil.”

“Ya Allah, peliharalah keluargaku dari fitnah dunia, kekalkan kami dalam kasih sayang dan dalam jalan-Mu.”

“Ya Allah, berikan kesihatan, umur yang berkat, dan rezeki yang cukup buat ibu bapaku dan seluruh ahli keluargaku.”

4) Doa Untuk Rezeki Dan Kerjaya

“Ya Allah, murahkanlah rezekiku, berkatilah setiap hasil usahaku, dan jauhkan aku dari sumber yang haram dan syubhah.”

“Ya Allah, bukakanlah jalan rezeki yang tidak aku sangka-sangka. Rezeki yang menenangkan, bukan yang melalaikan.”

“Ya Allah, berikan aku pekerjaan yang baik, berkah dan membuatkan aku lebih dekat dengan-Mu.”

5) Doa Untuk Jodoh Dan Pasangan

“Ya Allah, jika dia baik untuk dunia dan akhiratku, dekatkanlah aku dengannya. Jika tidak, gantikan dengan yang lebih baik.”

“Ya Allah, bahagiakanlah rumahtangga kami. Jadikan pasangan kami penyejuk hati dan peneman ke syurga.”

“Ya Allah, kurniakan zuriat yang soleh dan solehah, yang menjadi penyambung amal setelah aku tiada nanti.”

6) Doa Untuk Umat Islam Dan Akhirat

“Ya Allah, lindungilah saudara-saudaraku di Palestin, Syria, Yaman dan seluruh dunia yang ditindas.”

“Ya Allah, masukkan aku dan orang-orang yang aku sayang ke dalam syurgaMu tanpa hisab.”

“Ya Allah, jangan palingkan hati ini selepas Engkau beri hidayah. Tetapkan aku dalam Islam sampai akhir hayat.”

Selain itu, anda juga boleh tambah apa-apa doa yang anda inginkan dan Hari Arafah inilah waktu terbaik untuk anda meminta daripadaNya. Semoga bermanfaat.

Sumber : thread hikayatmora

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment