CIMB Bank Berhad (CIMB) kini secara rasmi memperkenalkan sokongan Apple Pay kepada pemegang kad kredit dan kad kredit-i yang dikeluarkan oleh bank tersebut.
Menerusi maklumat di laman web rasmi CIMB, pelanggan boleh menggunakan Apple Pay untuk membuat pembayaran melalui pelbagai peranti Apple seperti iPhone, Apple Watch, iPad dan Mac.

Apple Pay diterima di jutaan premis perniagaan di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Anda hanya perlu mencari logo Apple Pay atau simbol paywave ketika membuat pembayaran. Kemudian gunakan Kad Kredit atau Kad Kredit-i CIMB untuk buat pembayaran seperti biasa.
Dengan pengenalan perkhidmatan ini, CIMB kini menjadi antara institusi kewangan atau bank di Malaysia yang menyediakan sokongan Apple Pay kepada para pelanggannya terutamanya bagi kad kredit.
BACA JUGA : Senarai Kad Bank Yang Menyokong Penggunaa Apple Pay Di Malaysia
Selain CIMB, beberapa bank dan penyedia perkhidmatan kewangan lain yang turut menawarkan Apple Pay termasuk Hong Leong Bank, AmBank, HSBC, Maybank, RHB Bank Berhad, Standard Chartered Bank serta Wise Payments.
Cara Aktifkan Kad Kredit CIMB Di Apple Pay
Terdapat 2 cara untuk anda aktifkan kad kredit di Apple Pay. Yang pertama, untuk mula menggunakan Apple Pay, anda boleh menggunakan aplikasi Apple Wallet pada peranti Apple masing-masing.
Seterusnya, tekan butang tambah (+), pilih pilihan “Credit Card”, kemudian ikuti setiap arahan yang dipaparkan pada skrin bagi melengkapkan proses pengaktifan.
Untuk cara kedua, anda boleh aktifkan terus daripada aplikasi CIMB OCTO. Ikuti langkah seperti dibawah :
- Buka aplikasi CIMB OCTO anda dan pilih Accounts
- Kemudian pilih kad kredit dan klik pada ‘Add to Apple Wallet. Seterusnya ikuti langkah yang telah ditetapkan
- Selesai. Kini anda sedia untuk menggunakan kad kredit CIMB di Apple Pay

Kebanyakan Kad Kredit dan Kad Kredit-i CIMB boleh digunakan dengan Apple Pay. Walau bagaimanapun, kemudahan ini tidak disokong bagi kad CIMB PETRONAS Visa Infinite-i dan CIMB PETRONAS Platinum-i.
Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke pautan https://www.cimb.com.my/credit-card/applepay.html











