Bermula 15 Julai 2026, pelajar atau mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang memenuhi syarat kelayakan kini boleh guna atau menebus Baucar Buku MADANI bernilai RM100.
Inisiatif ini memberi peluang kepada mahasiswa mendapatkan buku rujukan, bahan bacaan akademik dan pelbagai bahan ilmiah bagi menyokong pembelajaran sepanjang pengajian.
Cara Tebus Baucer Buku MADANI RM100
Masih terdapat ramai pelajar yang belum tahu dimana bantuan ini boleh dimanfaatkan untuk mengurangkan perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian di universiti atau kolej.
BACA JUGA : Cara Mohon SYUKUR Sabah Bantuan RM200 Bagi Yang Layak
Walaupun jumlahnya RM100, ia tetap memberi manfaat kerana dapat membantu menampung sebahagian kos pembelian buku rujukan, buku akademik serta bahan bacaan tambahan.
Baucar Buku MADANI disediakan dalam bentuk digital dan proses penebusannya dilakukan melalui portal MySiswaPlace di https://mysiswaplace.my/
Selepas pengguna mendaftar akaun, kredit bernilai RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun tersebut dan boleh digunakan untuk membeli buku daripada penjual atau kedai buku yang mengambil bahagian dalam program ini.

Gunakan Sebaiknya Bantuan Yang Diberikan
Pelaksanaan inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan pelajar, malah turut menyemai minat membaca serta menggalakkan penggunaan bahan rujukan yang berkualiti dalam kalangan mahasiswa.
Walaupun pelbagai maklumat mudah diperoleh secara dalam talian, buku akademik dan bahan ilmiah masih menjadi sumber penting untuk menyiapkan tugasan, menjalankan penyelidikan serta membuat ulang kaji dengan lebih berkesan.
Bagi pelajar yang memenuhi syarat kelayakan, manfaatkan peluang ini sebaiknya. Kredit RM100 yang disediakan boleh digunakan untuk mendapatkan buku yang diperlukan tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan. Wang yang berjaya dijimatkan pula boleh digunakan bagi menampung keperluan lain sepanjang semester.
Ringkasnya, peluang ini sudah tersedia dan hanya menunggu untuk ditebus. Buat penebusan lebih awal, pilih bahan bacaan yang benar-benar bermanfaat, dan elakkan daripada menangguhkan proses tersebut sehingga tempoh penebusan berakhir.











