Sekarang ni ada lagi tak kedai jual iPhone myset? Persoalan ini biasanya timbul apabila anda ingin dapatkan atau beli iPhone secondhand di kedai atau mungkin juga beli yang baru.
Sebenarnya persoalan ini kurang disebut sekiranya anda beli di kedai rasmi atau dipanggil Apple Authorised Reseller (AAR) seperti Machines, IT World, Switch, Thunder, UR by Switch, dan SenQ.
Tetapi aku timbul bila anda beli secondhand di kedai-kedai handphone lain seperti di kedai, shopping mall atau beli secara online daripada seller biasa. Mula la timbul, mereka ada jual iPhone myset ke?
Macam mana nak tahu iPhone kita ini model atau set mana? Katanya Malaysian Set atau myset dah takda di pasaran. Kalau dah tiada, kita beli iPhone mahal-mahal di AAR atau Apple Store tu set mana sebenarnya?
Perbezaan Model Atau Set iPhone Bagi Setiap Pengeluaran
Sebenarnya ada beza ke setiap model atau set bagi setiap negara? Jika ada apa perbezaan yang ketara?
Sebagai contoh, jika di Malaysia, set yang kita peroleh hanya menyediakan 1 slot simkad dan 1 slot esim. Akan tetapi bagi sesetengah model di Amerika Syarikat ada yang tidak menyediakan langsung untuk slot kad sim. Jadi kena guna esim sahaja.
Selain itu, terdapat juga pada kamera. Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda beli set Jepun, shutter kamera tidak boleh dimatikan. Jika anda silent phone pun, bunyi shutter akan tetap berbunyi. Dibuat kerana bagi keperluan privasi di Jepun.
BACA JUGA : Cara Screenshot iPhone Untuk Semua Jenis Model
Set atau model-model ini biasanya anda hanya dapat sekiranya beli iPhone secondhand sahaja. Jika anda beli di AAR, anda akan dapat model yang sesuai dengan pengguna di Malaysia.
Senarai Model Atau Set iPhone Yang Ada
Untuk pengetahuan anda, kini myset tidak lagi disediakan di Malaysia. Jika sebelum ini, biasanya setiap iPhone yang dijual di Malaysia akan mempunyai kod MY/A, tetapi kini standard menjadi kod ZP/A yang mana digunakan di Asia utamanya.

Jadi jom kita tengok dan kenali setiap model iPhone yang dikeluarkan di seluruh dunia seperti dalam jadual dibawah:
| Model | Negara |
|---|---|
| ZP/A | Malaysia, Hong Kong, Macau, Singapura (biasanya model Asia) |
| MY/A | Malaysia (kod lama sebelum ZP/A jadi standard) |
| LL/A | Amerika Syarikat |
| B/A | United Kingdom |
| J/A | Jepun (kamera berbunyi, tiada pilihan bunyi dimatikan) |
| CH/A | China (Tiada FaceTime Audio atau iMessage FaceTime encryption penuh) |
| KH/A | Korea Selatan |
| ZA/A | Singapura |
| TH/A | Thailand |
| TA/A | Taiwan |
| T/A | Australia |
| F/A | Perancis |
| D/A | Jerman |
| E/A | Sepanyol |
| RS/A | Rusia |
| HB/A | Israel |
| PP/A | Filipina |
| PA/A | Indonesia |
| SA/A | Arab Saudi |
| AE/A | Emiriah Arab Bersatu |
| VN/A | Vietnam |
| PL/A | Poland |
| GR/A | Greece |
| IT/A | Itali |
| MG/A | Maghribi |
| CZ/A | Republik Czech |
| NF/A | Norway & Finland |
Jadi dalam banyak-banyak model ini, iPhone anda guna set mana? Anda boleh semak dengan cara pergi ke Setting > General > About > Model Number. Jadi bahagian ini akan tertera kod model iPhone anda.











