Berita baik untuk semua rakyat Malaysia. Kini permohonan bagi menyertai sukarelawan F1 Sepang 2026 telah dibuka yang anda berpeluang untuk terlibat secara langsung dalam penganjuran perlumbaan Formula 1 selepas kejohanan berprestij itu disahkan kembali berlangsung di Malaysia.
Program sukarelawan tersebut diwujudkan bagi menyokong kelancaran penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix yang dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober 2026.
Mereka yang berjaya dipilih akan diberikan pelbagai tanggungjawab mengikut keperluan pihak penganjur sepanjang berlangsungnya acara perlumbaan pada hujung minggu berkenaan.
Kembalinya Formula 1 ke Litar Antarabangsa Sepang selepas edisi terakhir pada tahun 2017 dijangka menjadi salah satu acara sukan paling berprestij yang berlangsung di Malaysia pada tahun ini.
BACA JUGA : F1 Kembali Ke Sepang Selepas 9 Tahun
Penganjuran perlumbaan tersebut bukan sahaja dijangka menarik kehadiran ribuan peminat dari dalam dan luar negara, malah turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memperoleh pengalaman berharga dalam menguruskan sebuah kejohanan sukan bertaraf dunia.

Manfaat Menyertai Sukarelawan F1 Di Litar Sepang Antabangsa
Sukarelawan yang terpilih akan menikmati beberapa manfaat termasuk elaun harian sebanyak RM60, penyediaan makanan sepanjang waktu bertugas serta peluang menyaksikan sendiri suasana kerja di sebalik penganjuran acara sukan permotoran bertaraf antarabangsa.
Penjadualan tugasan bagi setiap sukarelawan akan disusun mengikut keperluan operasi dan kelancaran penganjuran perlumbaan sepanjang acara berlangsung.
Cara Mohon Sertai Sukarelawan F1 Tahun 2026
Individu yang ingin memohon hanya perlu mengisi borang dengan maklumat asas seperti nama, alamat, nombor untuk dihubungi serta rekod pengalaman sebagai sukarelawan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), jika pernah terlibat sebelum ini.
Orang ramai yang berminat menyertai program sukarelawan sempena perlumbaan Formula 1 di Litar Sepang boleh mengemukakan permohonan dengan mengisi borang melalui pautan seperti diatas












