Naruto merupakan antara siri anime shonen yang paling berpengaruh yang sering dirujuk sebagai inspirasi kepada banyak karya baharu dalam genre yang sama. Naruto mula ditayangkan pada Oktober 2002.
Walaupun jalan ceritanya bermula dengan kisah seorang watak utama yang gigih berusaha mencapai impiannya, anime ini berkembang menjadi sebuah pengembaraan epik yang dipenuhi pelbagai babak ikonik dan detik emosi yang terus dikenang oleh peminat sehingga hari ini.
Kebanyakan penggemar anime Jepun pastinya sudah mengikuti siri legenda ini. Namun, jika anda baru bercadang untuk menontonnya buat kali pertama, panduan ini akan membantu anda memahami turutan tontonan yang betul supaya keseluruhan jalan cerita dapat dinikmati dengan lebih teratur dan mudah difahami.
Tonton Naruto Secara Lengkap Mengikut Urutan
Secara keseluruhannya, Naruto mempunyai sekitar 720 episod bersama 10 filem yang boleh ditonton termasuk Naruto Shippuden. Untuk menikmati jalan cerita seperti yang dirancang oleh Studio Pierrot, anda disarankan mengikuti turutan berdasarkan tarikh tayangan asal.
Kaedah ini memastikan setiap perkembangan watak, plot dan peristiwa dapat difahami mengikut kronologi yang sepatutnya. Jadual di bawah adalah memaparkan urutan lengkap untuk menonton Naruto termasuk siri dan movie.
| No. | Tajuk | Episod / Tahun |
|---|---|---|
| 1 | Naruto | Episod 1-101 |
| 2 | Movie 1: Ninja Clash in the Land of Snow | 2004 |
| 3 | Naruto | Episod 102-160 |
| 4 | Movie 2: Legend of the Stone of Gelel | 2005 |
| 5 | Naruto | Episod 161 – 196 |
| 6 | Movie 3: Guardians of the Crescent Moon Kingdom | 2006 |
| 7 | Naruto | 197 – 220 |
| 8 | Naruto: Shippuden | Episod 1-32 |
| 9 | Movie 4: Naruto Shippuden the Movie | 2007 |
| 10 | Naruto: Shippuden | Episod 33-71 |
| 11 | Movie 5: Shippuden the Movie: Bonds | 2008 |
| 12 | Naruto: Shippuden | Episod 72-121 |
| 13 | Movie 6: Shippuden the Movie: The Will of Fire | 2009 |
| 14 | Naruto: Shippuden | Episod 122-153 |
| 15 | Movie 7: Shippuden the Movie: The Lost Tower | 2010 |
| 16 | Naruto: Shippuden | Episod 154 – 196 |
| 17 | Movie 8: Naruto the Movie: Blood Prison | 2011 |
| 18 | Naruto: Shippuden | Episod 197-311 |
| 19 | Movie 9: Road to Ninja: Naruto the Movie | 2012 |
| 20 | Naruto: Shippuden | Episod 312-493 |
| 21 | Movie 10: The Last: Naruto the Movie | 2014 |
| 22 | Naruto: Shippuden (Finale) | Episod 494 – 500 |
Seterusnya pada Mei 2016, barulah siri pertama Boruto ditayangkan yang mana fokus kepada generasi seterusnya atau anak-anak Naruto.
Dah tak sabar nak layan Naruto? Anda boleh strim kesemua episod di portal https://www.crunchyroll.com/
Sumber : animatedtimes.com











