Anda kini boleh download penyata akaun ASB secara online menggunakan aplikas myASNB.
Bagi pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB), penyata akaun merupakan dokumen penting yang sering diperlukan untuk pelbagai urusan kewangan.
Antara kegunaan utama penyata ASB ialah untuk semakan pelaburan, rekod simpanan tahunan, jumlah dividen yang diperoleh serta dokumen sokongan bagi permohonan pinjaman bank atau urusan kewangan lain.
Ramai sebenarnya masih belum tahu bahawa penyata akaun ASB kini boleh dimuat turun secara online tanpa perlu beratur di kaunter bank atau cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Dengan adanya kemudahan digital ini, proses untuk mendapatkan penyata akaun menjadi jauh lebih mudah, cepat dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Anda boleh lakukan di hujung jari sahaja.
Kalau anda sedang mencari cara download penyata ASB secara online, panduan ini akan membantu anda langkah demi langkah supaya proses tersebut menjadi lebih mudah difahami.
Apa Yang Ada Pada Penyata Akaun ASB
Menurusi statement tahunan ini, akan dipaparkan secara lengkap maklumat yang diperlukan seperti :
- Maklumat diri
- No. ahlli pemegang unit
- Jumlah pelaburan unit
- Sijil pinjaman (ASBF)
- Kadar Pengagihan Pendapatan beserta Bonus (Dividen)
- Perkiraan dividen
- Transaksi terperinci tunai masuk dan keluar
BACA JUGA : Nampak Sama, Tapi Sangat Berbeza. Ini Merupakan Perbezaan ASB Dan ASBF
Cara Download Penyata Akaun ASB Secara Online
Secara asasnya, anda boleh download penyata atau statement ASB secara online dengan menggunakan myASNB. Anda boleh juga terus daripada laman web di https://www.myasnb.com.my/ atau menggunakan aplikasi mobile.
Jadi dalam panduan ini, ditunjukkan dengan menggunakan aplikasi di smartphone sahaja. Urusan lebih mudah dan boleh dibuat dimana-mana sahaja.
1) Langkah awal seperti biasa, buka aplikasi dan login menggunakan username dan password
2) Anda akan dibawa kepada halaman utama. Jadi klik pada ‘Lagi’ dan pilih ‘Penyata Akaun’

3) Pilih ‘Unit Amanah’. Maka disinilah akan dipaparkan Penyata Tahunan bagi tempoh 5 tahun (cth : 2025, 2024, 2023, 2022, 2021)
Anda pilih sahaja tahun yang anda inginkan. Kemudian akan dipaparkan secara lengkap ‘Penyata Pengagihan Pendapatan Tahunan’.
Anda boleh tengok terus atau boleh klik ‘Muat Turun’ untuk dapatkan soft copy penyata akaun tersebut.

Jika anda masih belum menggunakan portal myASNB, mungkin ini masa yang sesuai untuk mula mencubanya.
Selain memudahkan semakan penyata ASB, ia juga membuka lebih banyak kemudahan pengurusan pelaburan secara digital yang lebih praktikal untuk kegunaan harian.











