Cara Dapatkan Statement Bank BSN Online (Penyata Bank) – Download Secara Percuma

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
mybsn online

Anda pengguna BSN (Bank Simpanan Nasional) tapi tak tahu nak dapatkan penyata bank macam mana? Boleh ikuti perkongsian ini cara dapatkan statement bank BSN online secara percuma sahaja.

Sekarang banyak urusan memerlukan penyata bank atau bank statement terutamanya jika anda ingin memohon pinjaman peribadi, loan rumah atau mortgage, permohonan kad kredit dan sebagainya.

Jika sebelum ini, sebagai contoh, jika anda ingin dapatkan penyata akaun BSN, anda perlu datang ke cawangan BSN berhampiran. Kemudian perlu beratur dan tunggu giliran bagi urusan di kaunter. Tetapi kini tidak lagi!

Anda kini boleh dapatkan penyata bank secara online sahaja. Disebabkan itu juga, anda boleh dapatkan atau download pada bila-bila masa dan ianya percuma sahaja. Tak perlu buang masa pergi ke bank. Buat dirumah pun boleh.

Cara Dapatkan Statement Bank BSN Online (Penyata Bank)

Khusus untuk pengguna BSN, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah untuk download statement Bank BSN secara online bagi akaun simpanan anda. Ianya disediakan untuk tempoh setahun atau 12 bulan sebelum.

Untuk cara ini, anda wajib mempunyai akaun BSN dan telah aktifkan perbankan online myBSN. Dah ada akaun online, baru boleh download bank statement.

1) Login akaun anda menerusi portal myBSN di www.mybsn.com.my menggunakan username dan password seperti biasa.

2) Pada halaman utama, klik pada Account Overview dan pilih e-statement

statement bank bsn

3) Disini akan dipaparkan semua akaun BSN yang anda miliki sama ada saving account, credit card, loan dan sebagainya. Klik pada Account Number

bank statement bsn

4) Akan dipaparkan 1 tahun bank statement bermula pada bulan sebelum hingga 12 bulan sebelumnya. Klik butang Download pada mana-mana bulan yang anda mahukan

statement bank bsn

5) Akan dipaparkan statement bank BSN untuk bulan yang anda pilih. Boleh juga download

mybsn online

Pada statement bank atau penyata bank ini akan dipaparkan nama anda, alamat rumah, nombor akaun BSN, jenis akaun dan sebagainya. Isi utama pastinya transaksi yang berlaku sepanjang bulan.

Semoga bermanfaat…

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now