Cara Check Baki BUDI95 Dan Setiap Transaksi Yang Dibuat (www.budi95.gov.my)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
cara check baki budi95

Sebenarnya kalau nak semak atau check baki BUDI95, anda boleh buat secara online sahaja. Tak perlu minta resit setiap kali pembelian petrol dibuat. Melainkan anda nak simpan bukti pembayaran takpa lah.

Tapi urusan kini lebih mudah. Mungkin anda tak sempat nak kira jumlah penggunakan BUDI95 setiap bulan. Kerap isi minya, sampai lupa nak tengok ada lagi tak baki BUDI95 yang diberikan? Risau dah terlebih kuota, kena bayar harga lebih mahal.

Mungkin juga anda perasan meskipun tiada penggunaan subsidi BUDI95 ini, tapi tiba-tiba ada penolakan kuota. Padahal bulan tersebut anda masih belum guna, atau guna sikit sahaja, tapi kuota dan baki BUDI95 dah nak habis.

Jadi nak tahu apa yang terjadi, anda boleh semak setiap transaksi yang berlaku. Cara nak semak juga kini lebih mudah dimana anda boleh buat secara online sahaja. Tak perlu pergi ke kaunter petrol pump untuk print resit pun.

Apakah Itu BUDI MADANI RON95 atau BUDI95

BUDI MADANI RON95 atau lebih dikenali sebagai BUDI95 merupakan satu usaha yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI bagi memastikan pemberian subsidi petrol RON95 lebih tepat kepada golongan yang layak.

Inisiatif ini diwujudkan untuk mengurangkan masalah ketirisan subsidi, terutamanya akibat aktiviti penyeludupan serta penggunaan oleh individu bukan warganegara. Melalui pelaksanaan ini, harga runcit petrol RON95 ditetapkan pada kadar tanpa subsidi yang dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia masih boleh menikmati harga petrol RON95 yang lebih rendah iaitu RM1.99 seliter dengan menggunakan MyKad semasa pembelian iaitu terhad untuk 300L sebulan.

Secara keseluruhannya, BUDI95 bukan sahaja membantu memastikan subsidi sampai kepada sasaran yang betul, malah penjimatan hasil daripada pengurangan ketirisan ini turut disalurkan semula kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif kebajikan seperti program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Cara Semak Kelayakan BUDI95

Subsidi RON95 menerusi program BUDI95 ini hanya untuk warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan, MyKad bersama lesen memandu yang aktif. Anda boleh semak kelayakan menerusi pautan https://www.budi95.gov.my/

cara semak kelayakan budi95

Selain itu, anda juga boleh semak kelayakan dengan hubungi talian pusat khidmat BUDI MADANI melalui emel tanya@budi95.gov.my atau nombor telefon 1300-88-9595.

Cara Menggunakan BUDI95

Anda boleh pergi ke mana-mana stesyen minyak di seluruh negara sama ada Shell, Petronas, Petron, BPH dan sebagainya. Kemudian anda perlu tunjukkan MyKad untuk melayakkan anda dapat isi petrol RM1.99 selitar. Sesudah itu, buat pembayaran seperti biasa.

Cara Check Baki BUDI95 Selepas Penggunaan

Untuk semak baki BUDI95, anda wajib perlu ada akaun MYDIGITAL ID. Anda boleh ikuti langkah-langkah lengkap disini untuk daftar MYDIGITAL ID yang anda boleh buat secara online sahaja.

Dah ada akaun MYDIGITAL ID, barulah anda boleh mula check baki BUDI95 dengan mengikuti tutorial dibawah :

1) Pergi ke website https://www.budi95.gov.my/ dan klik pada Semak Sejarah Transaksi

semak baki budi95

2) Login MYDIGTAL ID anda seperti biasa sama ada menggunakan aplikasi atau imbas kod QR yang diberi

imbas kod mydigital

3) Anda akan dibawa kepada paparan Sejarah Transaksi. Jadi disini akan dipaparkan semua transaksi BUDI95 daripada MyKad anda untuk tempoh 3 bulan

sejarah transaksi budi95

Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh rujuk FAQ berkaitan BUDI MADANI RON95 atau BUDI95 menerusi portal rasmi DISINI.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now