Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Perkeso (opt-out)

By Mein Amorim

Updated On:

Follow Us
CARA BATALKAN LINDUNG 24 PERKESO

Pencarum yang memilih untuk tidak meneruskan caruman dalam Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) Perkeso diwajibkan membuat pengesahan melalui mekanisme opt-out secara dalam talian.

Proses tersebut dilakukan dengan mengisi borang perakuan pelepasan liabiliti yang mula disediakan bermula 13, Julai 2026 iaitu pada hari Isnin.

Kerajaan memutuskan bahawa caruman Skim ini kini bersifat sukarela selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri. Keputusan tersebut berkuat kuasa serta-merta, sekali gus menjadikan penyertaan dalam skim berkenaan tidak lagi diwajibkan.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang LINDUNG 24 Perkeso Yang Kini Adalah Secara Sukarela

Caruman LINDUNG 24 Perkeso ditetapkan pada kadar permulaan sebanyak 0.75% daripada gaji bulanan. Kadar tersebut akan meningkat kepada 1% apabila memasuki tahun ketiga, sebelum dinaikkan lagi kepada 1.25% bermula tahun keenam.

Sebagai contoh, pekerja yang menerima gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan akan mencarum sekitar RM22.50 hingga RM37.50 setiap bulan melalui potongan gaji.

Pekerja yang membuat keputusan untuk keluar daripada skim tersebut masih diberikan peluang untuk mendaftar semula pada bila-bila masa sekiranya ingin mendapatkan kembali perlindungan yang ditawarkan.

Keputusan Kabinet untuk menjadikan LINDUNG 24 Jam sebagai skim secara sukarela hanya melibatkan pekerja tempatan. Bagi pekerja asing pula, caruman di bawah skim tersebut masih diwajibkan seperti sedia ada.

Selain itu, bayaran caruman yang telah dibuat sebelum ini tidak akan dipulangkan memandangkan perlindungan di bawah skim ini telah mula berkuat kuasa sejak 1 Jun lalu.

BACA JUGA : Cara Mohon Bantuan Kewangan Untuk Rakyat iSejahtera Pulau Pinang 2026

Bukan itu sahaja, pekerja yang sebelum ini memilih untuk keluar daripada skim berkenaan boleh mendaftar semula pada bila-bila masa sekiranya ingin menikmati perlindungan yang disediakan.

Akhir sekali, selepas borang perakuan tersebut disempurnakan, PERKESO dan majikan tidak lagi memikul sebarang tanggungjawab terhadap kemalangan, kecederaan atau kematian yang berlaku di luar waktu bekerja.

Cara Batalkan Carumah LINDUNG 24 Perkeso

Pekerja tempatan yang ingin menghentikan atau membatalkan caruman Skim LINDUNG 24 Jam boleh berbuat demikian dengan memilih pilihan “Saya tidak mahu menyertai Skim Lindung 24 Jam” dalam borang yang disediakan melalui portal rasmi Lindung Faedah PERKESO.

Ikuti langkah dibawah untuk anda mohon pembatalan bagi caruman LINDUNG 24 Perkeso :

  1. Buka portal Lindung Faedah dan log masuk menggunakan akaun anda. Jika masih belum mempunyai akaun, pilih butang “Daftar Akaun” terlebih dahulu sebelum mengisi semua maklumat yang diperlukan untuk proses pendaftaran.
  2. Seterusnya, cipta kata laluan baharu, tandakan persetujuan terhadap syarat penggunaan, kemudian klik “Daftar Akaun”. Setelah pendaftaran selesai, tekan butang “Seterusnya”.
  3. Pada ruangan Jenis Permohonan, pilih “Baharu” dan baca semua maklumat yang dipaparkan sebelum meneruskan proses.
  4. Di bahagian Perakuan Pekerja, pilih status penyertaan anda bagi Skim Lindung 24 Jam. Jika ingin menarik diri daripada skim tersebut, tandakan pilihan “Saya tidak mahu menyertai Skim Lindung 24 Jam”. Sebaliknya, jika anda mahu kekal mencarum, pilih “Saya memilih untuk menyertai Skim Lindung 24 Jam”. Kemudian, klik butang “Pilih” pada majikan yang mempunyai caruman aktif atau paling terkini sekiranya anda bekerja dengan lebih daripada seorang majikan.
  5. Akhir sekali, muat turun borang deklarasi yang telah dilengkapkan untuk disimpan sebagai rekod.
  6. Proses selesai.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh rujuk FAQ Skim LINDUNG 24 Perkeso dengan klik pautan ini.

Manakala untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian khidmat pelanggan di 1-300-22-8000 atau emel di perkeso@perkeso.gov.my. Selain itu, anda boleh hadirkan diri ke mana-mana Pejabat PERKESO Negeri atau Cawangan terdekat.

Untuk info lanjut, anda boleh rujuk portal rasmi LINDUNG 24 Perkeso di https://www.perkeso.gov.my/skim-kemalangan-bukan-bencana-kerja-lindung-24-jam.html

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now