Puteri Balqis merupakan antara pelakon cilik yang pernah mendominasi drama televisyen tempatan dan meninggalkan impak besar kepada penonton sejak usia muda. Namanya sering menjadi sebutan kerana bakat lakonan yang matang melebihi usia.
Seiring pertambahan umur, Puteri Balqis tidak pernah menyepi daripada industri hiburan. Beliau terus aktif berkarya, bukan sahaja sebagai pelakon, malah turut menyerlah dalam bidang penulisan kreatif dan media sosial. Minatnya terhadap puisi juga menjadikan dirinya berbeza berbanding selebriti muda lain.
BACA JUGA : Biodata Aisyah Aziz, Adik Kepada Alif Aziz
Ikuti perkongsian lanjut untuk mengenali perjalanan dan sisi peribadi Puteri Balqis dengan lebih dekat.
Siapa Puteri Balqis?
Puteri Balqis, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Aqish, ialah seorang figura seni serba boleh yang bergiat sebagai pelakon, model, pempengaruh digital, penyanyi serta penulis buku puisi.
Keupayaannya membawa pelbagai watak dengan penghayatan mendalam membolehkan beliau mencipta nama sejak kecil. Aqish mula menapak dalam dunia lakonan menerusi drama Gemilang pada tahun 2011 sebagai watak pembantu, sebelum diberikan kepercayaan membawa peranan utama dalam Bicara Hati setahun kemudian.

Sejak detik itu, kerjayanya terus berkembang dan beliau diiktiraf sebagai antara pelakon kanak-kanak paling berbakat di Malaysia. Beberapa drama popular yang pernah dibintanginya termasuk Astana Cinta Aleesa (2014), Akulah Balqis (2015) dan Andainya Takdir (2017).
Selain drama bersiri, Puteri Balqis juga terlibat dalam telefilem seperti Pelarian (2012), yang melayakkan beliau memenangi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin 2012.
Kejayaan tersebut membuka jalan kepada pencapaian lebih besar apabila beliau muncul sebagai pelakon termuda memenangi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-18 serta tercalon dalam Anugerah Televisyen Asia ke-22 (2017).
Di luar dunia lakonan, Aqish menyalurkan ekspresi dirinya melalui penulisan puisi. Beliau telah menerbitkan sebuah buku berjudul 38 Poems of Puteri Balqis dan karya keduanya The Cry of The Crow.

Biodata Puteri Balqis
- Nama Penuh: Puteri Balqis Binti Azizi
- Nama Panggilan: Aqish
- Tarikh Lahir: 12 April 2007
- Tempat Lahir: Kuala Lumpur, Malaysia
- Umur: 19 tahun (2026)
- Bidang Kerjaya: Pelakon, model, influencer, penyanyi, penulis puisi
- Instagram: @morosechild

Perjalanan Kerjaya
Kerjaya seni Puteri Balqis bermula seawal usia 2 tahun, menjadikannya antara pelakon kanak-kanak paling awal terdedah kepada dunia lakonan profesional.
Beliau pertama kali muncul di kaca televisyen melalui drama Gemilang pada tahun 2011, sebelum meraih watak utama dalam Bicara Hati pada 2012. Tahun yang sama turut menyaksikan kemunculan filem sulungnya, Strawberi Cinta.
Nama Aqish terus kukuh menerusi pelbagai drama terkenal seperti Takdir Qismah (2012), Astana Cinta Aleesa (2014) dan Akulah Balqis (2015), Rampas Cintaku 1 (2022) dan Rampas Cintaku 2 (2024), Keluarga Itu (2025).
Dalam dunia perfileman pula, beliau pernah terlibat dalam karya seperti 1 Lawan Satu (2013), Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016) serta KL Special Force (2018), Rumah (2022), Papa (2024), Laknat (2025).

Bakatnya turut mendapat perhatian antarabangsa apabila terlibat dalam siri HBO Asia berjudul Halfworlds. Sehingga kini, pelakon yan lebih mesra dipanggil Aqish masih aktif membintangi drama televisyen dan filem.
Pencapaian Puteri Balqis
Sepanjang kerjayanya, Puteri Balqis telah mengumpul pelbagai pengiktirafan berprestij. Antara kejayaan terbesarnya termasuk kemenangan Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin 2012 hasil lakonan dalam Pelarian.
Beliau turut dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-18 pada 2014, sekali gus mencatat sejarah sebagai pemenang termuda dalam kategori tersebut.
Pada tahun yang sama, Aqish mencipta kejutan di peringkat antarabangsa apabila memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia, mengatasi pelakon berpengalaman seperti Joan Chen.
Selain itu, beliau pernah tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah P. Ramlee 2013 menerusi telefilem Di Mana Kan Ku Cari Ganti.
Bukan itu sahaja, namanya juga pernah tersenarai dalam laporan Harian Metro sebagai antara 10 pelakon tempatan yang mendapat pengiktirafan global pada Jun 2018.
Kehidupan Peribadi Puteri Balqis
Di sebalik pencapaian gemilang, perjalanan hidup Puteri Balqis tidak terlepas daripada cabaran. Beliau pernah berdepan tekanan kewangan serta masalah kesihatan yang memaksanya berehat seketika daripada dunia seni.
Ibu bapanya telah berpisah, dan beliau kini tinggal bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz. Melalui satu perkongsian di Instagram, Aqish mendedahkan bahawa beliau disahkan menghidap penyakit autoimmune selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan.

Tahun 2020 menjadi antara tempoh paling mencabar dalam kehidupannya, namun Aqish memilih untuk bangkit dan meneruskan perjuangan dengan lebih matang.
Fakta Menarik Puteri Balqis
- Puteri Balqis memulakan kerjaya lakonan ketika berusia 2 tahun.
- Beliau memenangi Anugerah Televisyen Asia pada usia 7 tahun, menjadikannya antara pemenang termuda dalam sejarah anugerah tersebut.
- Bakat seni Aqish diwarisi daripada datuknya, Mohd Aziz Arifin atau Ken Arifin, seorang pelakon terkenal era klasik seangkatan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
- Pada usia 17 tahun, beliau diberi kepercayaan membawa watak wanita dewasa dalam sebuah drama televisyen.
- Dakota Fanning dan Natalie Portman menjadi sumber inspirasi Aqish dalam bidang lakonan.
- Pernah menghasilkan buku puisi berjudul 38 Poems of Puteri Balqis (Dapatkan Di Shopee)
- Mempunyai sebuah logu solo berjudul Rinduku














1 thought on “Biodata Puteri Balqis – Latar Belakang Pelakon Hebat & Fakta Menarik”
Comments are closed.