Dalam dunia sukan badminton Malaysia, nama Lee Zii Jia bukan lagi sesuatu yang asing. Setiap kali beliau turun ke gelanggang, peminat sukan tanah air pasti menaruh harapan tinggi agar pemain ini mampu membawa pulang kemenangan untuk negara.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Lee Zii Jia sering menjadi tumpuan peminat badminton di Malaysia mahupun antarabangsa. Gaya permainannya yang agresif, pukulan smash yang padu dan keyakinan ketika beraksi menjadikan beliau antara pemain perseorangan lelaki yang paling menarik untuk ditonton.
BACA JUGA : Biodata Pemain Warisan Harimau Malaya Yang Baru
Ramai sebenarnya ingin tahu lebih lanjut tentang perjalanan kerjaya dan biodata Lee Zii Jia. Siapa sebenarnya pemain ini, bagaimana beliau bermula dalam dunia badminton, dan apakah pencapaian yang pernah diraih setakat ini? Jom kita kenali lebih dekat bintang badminton Malaysia ini.
Siapa Lee Zii Jia?
Lee Zii Jia merupakan pemain badminton profesional dari Malaysia yang bermain dalam acara perseorangan lelaki. Beliau pernah menduduki ranking ke-2 dunia BWF dan sering menjadi wakil utama Malaysia dalam kejohanan besar.
Sejak kemunculannya di peringkat antarabangsa, Lee Zii Jia sering dibandingkan dengan legenda badminton Malaysia seperti Lee Chong Wei. Walaupun gaya permainan mereka berbeza, ramai peminat berharap beliau mampu meneruskan legasi kecemerlangan badminton negara.

Nama beliau mula naik dan dikenali apabila berjaya meraih kejuaraan All England Open 2021 apabila berjaya menumbangkan Victor Axelsen yang mendudukan rangking yang lebih tinggi dan juga selaku juara bertahan.
BACA JUGA : All England Ditayangkan Di Astro Dan RTM Secara Percuma
Kejayaannya tidak terhenti dipuncak tersebut. Beliau terus bergerak ke hadapan dan berjaya sekali lagi mencipta nama di peringkat antarabangsa dengan meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 setelah menewaskan Laksha Sen.

Biodata Lee Zii Jia
- Nama Penuh : Lee Zii Jia
- Umur : 28 tahun (2026)
- Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
- Tinggi : 186 cm
- Berat : 78 kg
- Tangan Dominan : Kanan
- Ibu Bapa : Lee Chee Hin & Leow Siet Peng
- Pendidikan : Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa, Alor Setar Kedah – Sekolah Sukan Bukit Jalil
Perjalanan Dalam Dunia Sukan Badminton
Pemain badminton yang berasal dari Kedah ini sebenarnya sudah mula mengenali sukan badminton sejak masih kecil lagi. Seawal usia 6 tahun, beliau telah diperkenalkan kepada permainan tersebut oleh keluarganya.

Pada peringkat awal, bapanya hanya membawa Lee Zii Jia ke kelab badminton sebagai aktiviti riadah biasa untuk mengisi masa lapang. Tujuannya ketika itu hanyalah untuk berseronok dan bergerak aktif, tanpa sebarang perancangan besar.
Namun begitu, selepas beberapa ketika, minat Lee terhadap badminton semakin mendalam. Apa yang pada mulanya sekadar hobi akhirnya bertukar menjadi minat yang serius, sehingga beliau mengambil keputusan untuk memberi lebih tumpuan dan komitmen terhadap sukan tersebut.
Lee mula melangkah ke dunia badminton secara lebih serius ketika berusia 13 tahun. Pada usia tersebut, beliau sudah mula menunjukkan potensi besar sebagai pemain muda yang berbakat.
Bakatnya semakin mendapat perhatian apabila berjaya muncul sebagai juara dalam kejohanan junior Terbuka Badminton Perak dan Terbuka Badminton Selangor pada tahun 2015. Kejayaan itu menjadi titik penting dalam perjalanan kerjayanya.

Pencapaian tersebut akhirnya membuka peluang kepada Lee untuk menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sekali gus memberi laluan kepadanya untuk mengembangkan bakat di peringkat yang lebih tinggi.
Lee membuat penampilan pertamanya di pentas antarabangsa pada tahun 2016 apabila menyertai kejohanan Belgium International Challenge. Namun begitu, pencapaian terawal di peringkat ini adalah ketika usianya 19 tahun iaitu di kejohanan Victor Polish International 2017 dengan meraih pingat gangsa.
Nama Lee Zii Jia semakin mendapat perhatian ramai apabila beliau berjaya muncul sebagai juara dalam kejohanan berprestij All England Open Badminton Championships 2021 dan menjadi pemain badminton Malaysia kedua meraih gelaran tersebut selepas Lee Chong Wei pada tahun 2017.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi penampilan pertama Lee Zii Jia di pentas Olimpik bagi acara perseorangan lelaki. Meskipun begitu, beliau telah ditunjuk jalan keluar lebih awal apabila tumpas kepada Chen Long di pusingan-16.
Berjaya Meraih Gangsa Di Sukan Olimpik Paris 2024
Namun begitu, semangatnya tidak mudah luntut apabila beliau kembali di Sukan Olimpik Paris 2024 dan optimis untuk merangkul emas pertama untuk negara meskipun mengharungi pelbagai ujian sebelum itu.
Belajar daripada kesilapan awal, Lee Zii Jia berjaya peroleh pingat gangsa dalam temasya 4-tahun sekali itu apabila berjaya menundukkan laksya Sen dalam 3-set yang sangat mendebarkan. Dengan kejayaan ini, menjadikan Lee Zii Jia pemain ke-3 meraih pingat bagi kategori perseorangan lelaki sukan badminton selepas Rashid Sidek dan Lee Chong Wei.
Lee Zii Jia Keluar BAM
Sebelum bergerak ke Olimpik Paris, Lee Zii Jia telah membuat keputusan besar dalam kariernya apabila meletakkan jawatan sebagai pemain badminton bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergerak sebagai profesional sepenuhnya.
Pencapaian Lee Zii Jia Dalam Sukan Badminton
Berikut merupakan antara pencapian yang diraih oleh pemain utama negara tersebut dalam sukan Badminton di peringkat profesional :
BWF World Tour
- Polis International Series 2017 (Juara)
- Chinese Taipei Open 2018 (Juara)
- All England Open 2021 (Juara)
- Thailand Open 2022 (Juara)
- Artic Open 2023 (Juara)
- Thailand Open 2024 (Juara)
- Australia Open 2024 (Juara)

Kejuaraan Keseluruhan
- BWF World Junior Championships 2016 (Pingat Gangsa)
- Sukan SEA 2019 (Pingat Emas)
- Asia Championships 2022 (Pingat Emas)
- Piala Thomas 2024 (Pingat Gangsa)
- Olimpik Paris 2024 (Pingat Gangsa)
- Piala Sudirman 2021 & 2023 (Pingat Gangsa)
Fakta Menarik Tentang Lee Zii Jia
Selain pencapaiannya di gelanggang, terdapat beberapa fakta menarik tentang Lee Zii Jia yang mungkin ramai tidak tahu:
- Mula menyertai kejohanan badminton secara serius seawal umur 13 tahun
- Ketinggian Lee Zii Jia sekitar 186 cm, menjadikannya antara pemain yang tinggi dalam kategori perseorangan.
- Pernah bermain dalam kategori beregu lelaki bersama Soh Wooi Yik yang juga sahabat karibnya
- Pandai bermain alat muzik seperti gitar
- Selain badminton, beliau juga meminati sukan Bola Keranjang
- Anders Antonsense merupakan rakan baik antarabangsa Lee Zii Jia
- Rangking BWF terbaik dicapai adalah di kedudukan ke-2 selama 13 minggu
- Terkenal dengan gaya permain agresif dengan smash kencang
- Rekod individu dengan kadar pukulan smash terpantas iaitu 497.1 km/h (Malaysia Masters 2024)
- Juga terkenal dengan pukulan back-hand smash yang kencang
- Menjadi pemain ketiga perseorangan lelaki badminton meraih pingat (gangsa) di Sukan Olimpik
- Menjadi pemain Malaysia pertama meraih kejuaraan di All England sejak tahun 2017
- Keluar BAM pada tahun 2022 dan bergerak secara profesional bersama ‘Team Lee Zii Jia’
- Antara pemain badminton yang mempunyai ramai peminat baik di Malaysia dan antarabangsa
- Mengalami siri kecederaan yang panjang tahun 2025 dan menyebabkan beliau perlu berehat hampir 1 tahun
- Pernah dilatih oleh Datuk Misbun Sidek and Datuk Tey Seu Bock ketika berada dalam BAM
- Antara atlet badminton yang mempunyai ramai followers di Instagram (@leeziijia) iaitu 1.2 juta

Comeback Stronger Lee Zii Jia
Daripada biodata Lee Zii Jia menunjukkan bahawa beliau bukan sekadar pemain badminton biasa, tetapi seorang atlet yang membawa harapan besar kepada Malaysia.
Dari permulaan sebagai pemain remaja hingga menjadi juara kejohanan dunia, perjalanan beliau membuktikan bahawa usaha dan disiplin memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan.
Meskipun menghadapi pelbagai cabaran, Lee Zii Jia tetap menjadi antara pemain badminton paling berbakat yang dimiliki Malaysia ketika ini. Dengan pengalaman yang semakin bertambah dan semangat juang yang tinggi, tidak mustahil beliau mampu mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Sebagai peminat sukan, kita hanya mampu terus memberi sokongan kepada pemain seperti Lee Zii Jia. Setiap sorakan dan doa daripada rakyat Malaysia pasti menjadi sumber motivasi besar buat beliau untuk terus berjuang di gelanggang antarabangsa.
Comeback Stronger Lee Zii Jia!

















