Penampilan awal dalam industri menerusi watak Noraini dalam Bicara Hati. Kemudian mengorak langkah dalam Gol & Gunci sebagai Putri dan inilah Fazura yang merupakan antara pelakon wanita popular di Malaysia.
Seawal usia 21 tahun, beliau telah melangkah masuk ke dunia seni dan sejak itu pelbagai pengalaman berharga serta kejayaan manis berjaya diraih sepanjang bergelar anak seni.
Perjalanan kariernya yang panjang membuktikan komitmen dan kesungguhan dalam industri hiburan tanah air.
Dalam perkongsian kali ini, kami mengajak anda menyelami biodata latar belakang serta perjalanan kerjaya salah seorang figura popular Malaysia, Nur Fazura, yang namanya tidak asing lagi dalam kalangan peminat hiburan tempatan.
Siapa Nur Fazura?
Nur Fazura dilahirkan pada Selasa, 27 September 1983 bersamaan 19 Zulhijjah 1403 Hijrah di Pekan, Pahang. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik dalam keluarganya.
BACA JUGA : Biodata Putri Balqis – Pelakon Cilik Yang Sangat Berbakat
Fazura mempunyai dua orang abang serta seorang adik lelaki, sekali gus menjadikannya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga tersebut. Kehilangan insan tersayang turut menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya apabila bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 17 tahun.
Dari segi pendidikan, beliau menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Datuk Mahmud Mat yang terletak di kampung halamannya. Selepas itu, Fazura menyambung pengajian dalam bidang rekaan fesyen di sebuah kolej fesyen.
Fazura mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal, Fattah Amin pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Biodata Fazura
- Nama Penuh: Nur Fazura binti Sharifuddin
- Nama Panggilan: Fazura
- Tarikh Lahir: 27 September 1983
- Tempat Lahir: Pekan, Pahang
- Umur: 43 tahun (pada tahun 2026)
- Pendidikan: Kolej Rekaan Fesyen
- Bidang Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Model, Pengacara, Duta, Ahli Perniagaan
- Instagram: @missfazura
Perjalanan Karier
Nur Fazura Sharifuddin dikenali sebagai antara figura serba boleh dalam industri hiburan Malaysia. Beliau aktif sebagai pelakon, pengacara, model dan juga penyanyi.
Langkah awalnya dalam dunia seni bermula menerusi tugasan sebagai hos program televisyen sebelum diberikan peluang membawakan watak-watak kecil dalam bidang lakonan, yang kemudiannya membuka ruang lebih luas dalam kerjayanya.
Nama Fazura sering dikaitkan dengan imej elegan dan cita rasa fesyen yang tersendiri. Banyak majalah hiburan serta fesyen tempatan mengangkatnya sebagai antara selebriti paling bergaya di Malaysia, malah wajahnya kerap menghiasi halaman majalah kerana penampilannya yang dianggap anggun dan menawan.

Selain berjaya dalam lakonan, beliau turut mencuba bidang muzik dengan pelancaran single pertama berjudul “Sayangi Dirimu” pada 14 Disember 2014.
Lagu tersebut dijadikan runut bunyi untuk program dokumentari biografinya, Facing Up To Fazura yang ditayangkan di saluran E!. Perkembangan itu diteruskan dengan kemunculan album solo sulungnya yang dilancarkan pada 2 November 2017.
Kerjayanya tidak terhad dalam dunia seni semata-mata. Sekitar tahun 2013, Fazura mengorak langkah dalam bidang keusahawanan fesyen dengan memperkenalkan butik miliknya sendiri, House of Doll.
Beliau turut membangunkan beberapa jenama di bawah empayarnya termasuk Fazbulous, Fazura Skincare, Fazura Beauty dan Tudung Fazura, sekali gus mengukuhkan namanya sebagai usahawan selebriti.

Bakat Dalam Dunia Lakonan
Bakat lakonan Fazura mula mendapat perhatian apabila pelakon veteran, Datin Rosnani Jamil, melihat potensinya dan menawarkan beliau watak utama dalam filem Bicara Hati pada tahun 2004.
Peluang tersebut menjadi titik tolak penting yang membuka ruang lebih luas untuknya mencipta nama dalam industri perfileman tempatan seperti Gol & Gincu.

Sebelum bergiat aktif sebagai pelakon, Fazura terlebih dahulu menimba pengalaman sebagai pengacara televisyen.
Beliau pernah mengendalikan beberapa program, termasuk rancangan Teens World yang disiarkan menerusi RTM di saluran TV2, sekali gus memperkenalkan dirinya kepada penonton tanah air.
Filem:
| Tahun | Tajuk | Watak |
|---|---|---|
| 2004 | Bicara Hati | Noraini |
| 2005 | Qaisy & Laila | Laila |
| 2005 | Senario XX | Siti |
| 2005 | Gol & Gincu | Putri Farhana Aliya |
| 2006 | Buli Balik | Cik Hanum Dari Langkawi |
| 2007 | Kayangan | Masiera |
| 2008 | Selamat Pagi Cinta | Julia |
| 2009 | Pisau Cukur | Intan Mastura |
| 2009 | Kantoi | Lydia |
| 2010 | Lagenda Budak Setan | Katerina / Kate |
| 2012 | Istanbul Aku Datang! | Siti Wan Kuncup & Wo Aini |
| 2012 | Bujang Terlajak | Puteri |
| 2014 | Kami Histeria | Cik Lang |
| 2014 | Tembus | Iza |
| 2014 | Manisnya Cinta Di Cappadoccia | Ifti Liyana |
| 2015 | Bulan Terbelah Di Langit Amerika | Janet |
| 2016 | Langit Cinta | Khadeja |
| 2016 | Warkop DBKI Reborn: Jangkrik Boss Part 1 | Nadia |
| 2017 | J Revolusi | Dian |
| 2017 | Wanita Terindah | Nureen Nafeesa |
| 2017 | Warkop DBKI Reborn: Jangkrik Boss Part 2 | Nadia |
| 2017 | Rafathar | Mila Cakra |
| 2017 | Ayat-Ayat Cinta 2 | Brenda |
| 2018 | Janji Zehan – Lahzeye Bi Payan | Nur Zehan Nazleen |
| 2019 | Dendam Pontianak | Mina |
| 2024 | Pendekar Awang: Darah Indera Gajah | Sayang (Kak Yang) |
Telefilem:
| Tahun | Tajuk | Watak |
|---|---|---|
| 2006 | Wahai Kau Cinta | Ila |
| 2006 | Rendang Untuk Mertua | Mariana/Ina |
| 2007 | Tikar Buruk | Ayu |
| 2008 | Sebening Azan Dialun | Rabiah |
| 2016 | Eropah, Here I Am | Firuz |
Drama:
| Tahun | Tajuk | Watak |
|---|---|---|
| 2005 | Inspirion | Azie |
| 2006 | Gol & Gincu The Series (Musim 1) | Putri Farhana Aliya |
| 2007 | Gol & Gincu The Series (Musim 2) | Putri Farhana Aliya |
| 2007 | Datin Diaries | Nelly |
| 2007 | Kasih Suci | Kasih |
| 2008 | Ezora | Ezora |
| 2008 | Bicara Cinta | Mila |
| 2009 | Keliwon | |
| 2011 | Kitab Cinta | Mustika |
| 2011 | Tahajjud Cinta | Citra Maisara |
| 2013 | Kisah Cinta | Azalea |
| 2017 | Hero Seorang Cinderella | Nura Medina |
| 2024 | Hero Seorang Cinderella 2 | Nura Medina |
| 2024 | Lelaki Itu | Irsa Imani |
| 2024 | Andartu Kosmopolitan | Dinda |
Lagu Single:
| Tahun | Lagu |
|---|---|
| 2014 | Sayangi Dirimu |
| 2015 | Bangun |
| 2015 | Hancur Aku (Kolaborasi bersama Estranged) |
| 2015 | Bulan Terbelah Di Langit Amerika (Duet bersama Ridho Rhoma) |
| 2016 | Like Fireflies (Kolaborasi bersama Ning Baizura & Taufik Batisah) |
| 2016 | Nothing Like Pag-ibig (Duet bersama Jason Dy) |
| 2017 | Cinderella (Duet bersama Fattah Amin) |
| 2017 | Bisa Apa |
| 2017 | Cinta Langka (Duet bersama Ariadinata Samsons) |
| 2018 | The Good Is Back (Duet bersama Anggun) |
| 2019 | Can’t Forget Me |
| 2019 | Paling Sempurna (Duet bersama Fattah Amin) |
| 2019 | Be Honest (Duet bersama Jesse Ruben) |
| 2020 | Seloka Hari Raya (Duet bersama Fattah Amin) |
| 2020 | Noktah |
| 2023 | Jika Cinta Allah (Duet bersama Ahmad Dhani) |
| 2025 | Raya Pum Pang (Duet bersama Syasya Rizal) |
Pencapain Dalam Kerjaya
Sebagai anak seni yang sudah lebih sedekad aktif dalam industri hiburan serta berjaya melebarkan pengaruh ke peringkat antarabangsa, Fazura telah meraih pelbagai pengiktirafan dan anugerah berprestij sepanjang perjalanan kerjayanya, antaranya seperti berikut:

Anugerah Bintang Popular Berita Harian
- Pelakon Filem Wanita Popular, 2017
- Pelakon TV Wanita Popular, 2018
- Pasangan Serasi Drama (bersama Fattah Amin), 2018
- Pasangan Serasi Filem (bersama Zul Ariffin), 2018
Festival Filem Malaysia
- Pelakon Harapan Wanita, (FFM17) 2004 – Bicara Hati
- Pelakon Wanita Terbaik, (FFM 27) 2015 – Manisnya Cinta Di Cappadoccia
Anugerah Skrin
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, 2009 – Pisau Cukur
Anugerah Stail EH!
- Selebriti Wanita Paling Bergaya, 2011
- Selebriti Wanita Paling Bergaya, 2012
- Anugerah Stail Eh!, 2012
- Selebriti Wanita Paling BergayA, 2014
- Selebriti Paling Fotogenik, 2016
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, 2014 – Kami Histeria
- Pelakon Wanita Terbaik, 2015 – Manisnya Cinta di Cappadoccia
Anugerah MeleTOP ERA
- Fesyen MeleTOP, 2015
- Bintang Filem MeleTOP, 2017- J Revolusi
- Couple MeleTOP (bersama Fattah Amin), 2019
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan
- Artis Wanita Seksi, 2011
Anugerah Penghargaan H-Live
- Woman of the Year, 2014
Anugerah Perniagaan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) dan Keusahawanan (SEBA)
- Anugerah Jenama Fesyen Paling Berpotensi, 2018
- Pasangan Usahawan Selebriti Tahunan – bersama Fattah Amin, 2018
Anugerah Jenama Selebriti Usahawan Cemerlang Dunia
- Anugerah Selebriti Paling Cemerlang Tahunan Malaysia bagi kategori wanita, 2022
Anugerah Wanita Luar Biasa Nona
- Anugerah Perniagaan Hijab Nona, 2022
Fazura Dan Fattah Amin Bercerai
Fattah Amin dan Nur Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 7 Oktober 2024.

Lafaz cerai berkenaan dilafazkan oleh Fattah pada jam 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh. Perpisahan itu berlaku selepas tujuh tahun mereka melayari alam rumah tangga bersama.
Menurut pendedahan yang dibuat, perceraian tersebut dikaitkan dengan masalah tiada persefahaman, isu pengabaian nafkah serta dakwaan kewujudan orang ketiga.
Dalam masa sama, hak penjagaan anak perempuan mereka, Fatima, difahamkan diberikan kepada Fazura.
Fakta Menarik Fazura
- Beliau turut dikenali dengan beberapa gelaran seperti Faz, Zura, Fazura dan juga Fazbulous dalam kalangan peminat serta rakan industri.
- Hubungan Fattah Amin dan Fazura dikatakan mula terjalin rapat apabila mereka digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderella pada tahun 2017.
- Keserasian mereka di layar kaca mencetuskan fenomena tersendiri sehingga peminat mewujudkan #FattZura yang menjadi tular di media sosial.
- Ketika ulang tahun kelahiran Fazura yang ke-34, Fattah pernah membuat kejutan istimewa dengan menghadiahkan sebanyak 500 kuntum bunga mawar sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang.
- Produk tudung yang dilancarkannya pernah mencatat jualan luar biasa apabila sebanyak 200,000 helai habis terjual dalam tempoh hanya satu jam selepas dilancarkan.
- Fazura mula melibatkan diri secara aktif dalam industri seni sejak tahun 2002 dan terus kekal relevan sehingga kini.
- Kediamannya dilaporkan terletak di Damansara Heights, Kuala Lumpur
- Beliau turut mencipta sejarah apabila menjadi artis Malaysia pertama yang mempunyai program realiti sendiri berjudul Facing Up To Fazura yang disiarkan selama dua musim di saluran antarabangsa E! Asia.
Secara keseluruhannya, perjalanan hidup dan kerjaya Fazura memperlihatkan evolusi seorang figura seni yang bukan sahaja berjaya dalam bidang lakonan dan nyanyian, malah turut menyerlah sebagai ikon fesyen serta usahawan.
Kecekalan menghadapi cabaran peribadi dan profesional menjadikan namanya terus relevan dalam industri hiburan tanah air.

















