Biodata Aisyah Aziz, Penyanyi Singapura Yang Juga Adik Kepada Aliff Aziz

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
biodata aisyah aziz

Bila sebut saja nama Aisyah Aziz, ramai yang terus teringat suaranya yang unik, gaya fesyen yang berani dan personaliti yang sangat ‘cool’. Ya, ramai juga tahu Aisyah ni sebenarnya adik kepada penyanyi popular Aliff Aziz.

Tapi bagi peminat setia, kita tahu Aisyah Aziz bukan sekadar ‘adik kepada Aliff’. Dia adalah seorang artis hebat dengan bakat tersendiri yang berjaya mencipta nama, bukan sahaja di Singapura, malah di Malaysia.

Berikut dikongsikan kepada serba sedikit tentang biodata dan perjalanan seni Aisyah Aziz. Bagaimana beliau mula menapak di Malaysia dan mula mencipta nama sebagai penyanyi disini.

Biodata Aisyah Aziz

Aisyah Aziz dilahirkan pada 21 Mei 1994 di Singapura. Nama penuhnya Nur Aisyah Binti Aziz. Seperti abangnya Aliff Aziz, Aisyah juga mewarisi bakat nyanyian daripada keluarga mereka yang memang gemar dengan muzik. Sejak kecil lagi, Aisyah dah terdedah dengan dunia seni, tapi bakatnya mula benar-benar menyerlah bila dia menyertai pertandingan realiti nyanyian.

Selain terkenal dengan suaranya yang merdu dan ‘husky’, Aisyah juga dikenali sebagai seorang yang sangat expressive dari segi fesyen dan gaya rambut. Memang nampak ‘berani’ dan unik, tapi itulah yang membuatkan dia istimewa berbanding penyanyi lain.

  • Nama Penuh : Nur Aisyah Binti Aziz
  • Nama Komersial : Aisyah Aziz
  • Asal : Singapura
  • Kerjaya : Penyanyi
  • Menetap : Kuala Lumpur, Malaysia
  • Umur : 31 tahun (2025)
  • Keluarga : 3 adik-beradik. Mempunyai adik-beradik kembar iaitu Nur Ain Aziz. Adik kepada Aliff Aziz
  • Suami : Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail
  • Agama : Islam
  • Bangsa : Melayu
  • Pendidikan :
    • Sekolah Rendah Princess Elizabeth
    • Sekolah Menengah Zhenghua
    • Memiliki diploma dalam jurusan Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan
  • Instagram : www.instagram.com/aisyaah_aziz
  • TikTok :

Perjalanan Seni Aisyah Aziz

Bermula Dari Akademi Fantasia

Bagi yang tak tahu, Aisyah Aziz mula mendapat perhatian ramai selepas menyertai rancangan realiti popular, Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013). Walaupun Aisyah hanya menduduki tempat keenam, tapi nama dia terus melonjak naik. Ramai yang suka suara Aisyah sebab lain daripada yang lain – ada ‘feel’ dan penuh emosi bila dia menyanyi.

Sejak itu, Aisyah tak toleh ke belakang lagi. Dia terus aktif dalam bidang seni, mengeluarkan beberapa single dan turut berkolaborasi dengan artis-artis terkenal Malaysia dan Singapura.

Lagu Dan Singple Popular

Kalau korang peminat Aisyah Aziz, confirm korang tahu beberapa lagu popular dia seperti:

  • Mimpi
  • Pilihan Sejati
  • Bila Entah
  • Tanda Tanya
  • Damai
  • Janji Kita Bertemu Lagi
  • Senyum Saja (ft Haikal Ali)
  • Pulangkah (ft Ayda Jebat)
  • Pujaanku (ft Masdo)

Selain nyanyian, Aisyah juga pernah terlibat dalam beberapa program realiti seperti Akademi Fantasi, Diari Fantasia dan My Squad Is Better Than Yours ketika di Singapura. Pernah juga berkecimpung dalam dunia lakonan menerusi Kiut Miut.

Pencapaian Dan Pengiktirafan

Sebagai seorang artis muda, Aisyah Aziz dah capai macam-macam kejayaan. Antaranya:

  • Pemenang tempat ke-6 dalam Akademi Fantasi Musim 10 (2013)
  • Pemenang Best Collaboration (Song) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2014
  • Pemenang Best Song – Senyum Saja di Anugerah Planet Muzik (APM) 2017
  • Pemenang Best Song (Singapore) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2017
  • Pemenang Best Collaboration (Song) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2017
  • Pemenang Best Asian Artis (Singapore) di Mnet Asian Music Awards 2017

Walaupun tak semua orang sedar, Aisyah juga banyak buat persembahan di luar negara dan pernah dijemput ke acara muzik di Indonesia. Bakat dia memang diiktiraf bukan sahaja di negara sendiri.

Fakta Menarik Tentang Aisyah Aziz

Antara fakta-fakta menarik tentang penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz ini adalah seperti berikut :

  • Aisyah Aziz ada saudara kembar seiras bernama Ain Aziz.
  • Pernah belajar di Sekolah Rendah Princess Elizabeth dan seterusnya di Sekolah Menengah Zhenghua, sama sekolah dengan abang dia, Aliff Aziz.
  • Sejak kecil lagi, Aisyah Aziz memang lebih menyerlah dalam nyanyian berbanding abangnya dan pernah jadi juara pertandingan bakat Teen Star @ South West.
  • Dek kerana bakat nyanyiannya, dia pernah menang pertandingan nyanyian peringkat sekolah dan digelar sebagai Zhenghua Idol.
  • Ibu Aisyah pernah bekerja sebagai seorang pramugari.
  • Antara artis kegemaran Aisyah ialah Raisa dan Afgan dari Indonesia serta kumpulan Spring dari Malaysia.
  • Mula bertudung (hijab) pada tahun 2024
  • Telah bernikah dengan Dr. Mohd Fakhrudin pada tahun 2025 (Abang kepada PU Riz)

Bintang Yang Bersinar Dengan Caranya Tersendiri

Aisyah Aziz membuktikan yang dia lebih daripada sekadar adik kepada Aliff Aziz. Dengan bakat nyanyian yang luar biasa, gaya unik dan personaliti yang menyenangkan, Aisyah berjaya mencipta nama sendiri dalam dunia seni.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment