Biodata 5 Pemain Warisan Baru Harimau Malaya Setakat Jun 2025

By Mein Amorim

Updated On:

Follow Us
senarai pemain warisan baru harimau malaya

Jika pada Mac yang lalu, FAM telah mengumumkan 2 pemain warisan. Kini sejak Jun 2025, FAM sekali lagi mengumumkan pemain berdarah warisan terbaru dan bilangannya adalah seramai 5 orang.

Sebelum ini, kita sudah ketahui kehadiran Hector Hevel dan Gabriel Palmero yang juga telah membuat penampilan sulung menentang Nepal pada Mac lalu. Kini 5 lagi bakal membuat penampilan kali pertama bersama Harimau Malaya.

Sebelum ini, kita peroleh pemain berdarah Belanda dan Sepanyol. Kini skuad Harimau Malaya akan diperkuatkan pula dengan pemain-pemain berdarah Latin seperti Argentina dan Brazil. Yang pasti mereka juga anak Malaysia.

Jadi jom kita tengok senarai 5 pemain warisan baru Harimau Malaya beserta biodata untuk kita sebagai penyokong mengenali lebih dekat pemain kebangsaan bola sepak negara ini.

Biodata 5 Pemain Warisan Baru Harimau Malaya

Berikut merupakan biodata bagi setiap pemain berdarah warisan yang mewakil skuad kebangsaan dalam pasukan Malaysia.

1) Imanol Machuca

  • Tarikh Lahir : 15 Januari 2000 (umur 25)
  • Tempat Lahir : Roldan, Argentina
  • Posisi : Sayap
  • Kelab :
    • 2020-2023 : Union Santa Fe (77 penampilan, 9 gol)
    • 2023 : Fortaleza (47 penampilan, 5 gol)
    • 2025 : Velez Sarsfield (8 penampilan)

2) Facunda Garces

  • Tarikh Lahir : 5 September 1999 (umur 26)
  • Tempat Lahir : Santa Fe, Argentina
  • Posisi : Pertahanan
  • Kelab :
    • 2020-2024 : Colon (116 penampilan, 3 gol)
    • 2024 : Alaves (10 penampilan)

3) Rodrigo Holgado

  • Tarikh Lahir : 28 Jun 1995 (umur 29)
  • Tempat Lahir : Buenos Aires, Argentina
  • Posisi : Penyerang
  • Kelab :
    • 2014-2015 : Almagro (27 penampilan, 2 gol)
    • 2016-2017 : Orizaba (25 penampilan, 17 gol)
    • 2018 : Coquimbo Unido (29 penampilan, 18 gol)
    • 2019-2021 : Audax Italiano (51 penampilan, 16 gol)
    • 2022 : Curico Unido (26 penampilan, 8 gol)
    • 2023 : Coquimbo Unido (27 penampilan, 16 gol)
    • 2024 : America de Cali (44 penampilan, 17 gol)

4) Joao Figueiredo

  • Tarikh Lahir : 27 Mei 1996 (umur 29)
  • Tempat Lahir : Sao Paulo, Brazil
  • Posisi : Penyerang
  • Kelab :
    • 2018-2019 : Kauno Zalgiris (39 penampilan, 14 gol)
    • 2019-2020 : OFI (34 penampilan, 11 gol)
    • 2020-2022 : Al-Wasl (23 penampilan, 10 gol)
    • 2021-2023 : Gaziantep (56 penampilan, 15 gol)
    • 2023 : Istanbu Basaksehir (77 penampilan, 18 gol)

5) Jon Irazabal

  • Tarikh Lahir : 28 November 1996 (umur 28)
  • Tempat Lahir : Bilbao, Sepanyol
  • Posisi : Pertahanan
  • Kelab :
    • 2016-2019 : Vitoria (34 penampilan, 2 gol)
    • 2018-2020: Mirandas (5 penampilan)
    • 2020 : Leioa (6 penampilan)
    • 2020-2022 : Amorebieta (42 penampilan, 1 gol)
    • 2022-Sekarang : Sabah FK (79 penampilan, 5 gol)

Jadi sejak revolusi Harimau Malaya yang diperkenalkan oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), seramai 7 orang sudah diperkenalkan dan bakal diperkuatkan dalam skuad Harimau Malaya.

Adakah akan ada lagi pemain-pemain luar negara yang berdarah Malaysia akan dipanggil bagi mewakili negara? Kita tunggu dan lihat.

Sumber : Malaysia NT

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Biodata 5 Pemain Warisan Baru Harimau Malaya Setakat Jun 2025”

Leave a Comment