Big Stage 2026 : Senarai Peserta, Barisan Juri Dan Tayangan Di Astro (x Rocketfuel)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
big stage 2026

Program realiti nyanyian popular terbitan Astro, Big Stage, kembali menemui penonton untuk tahun 2026 menerusi musim ketujuh (ke-7).

Kali ini program tersebut dikenali sebagai Big Stage X Rocketfuel. Edisi terbaru ini dijadualkan bersiaran secara langsung di Astro Ria bermula 28 Jun.

Sepanjang penganjurannya, Big Stage telah berjaya melahirkan ramai penyanyi baru yang berbakat. Sarah Suhairi, Andi Bernadee, Wani Kayrie, boy group ALPHA, Aisha Retno antara nama-nama yang digilap bakatnya sepanjang program ini diadakan.

Berbeza seperti musim sebelum-sebelumnya, apabila kali ini, Big Stage menjalin kerjasama strategik dengan Rocketfuel Entertainment dimana kesemua 10 peserta telah pun menandatangani kontrak bersama syarikat tersebut.

Langkah itu dilihat sebagai persediaan awal bagi membantu mereka membina kerjaya seni yang lebih tersusun sebaik sahaja pertandingan melabuhkan tirainya.

Barisan Juri & Pengacara

Big Stage 2026 ini turut menyaksikan kemunculan semula Hael Husaini sebagai juri tetap. Beliau akan bergandingan dengan Akim Ahmad dan Aisha Retno dalam memberikan penilaian serta bimbingan kepada para peserta sepanjang program

Dalam masa yang sama, Big Stage X Rocketfuel turut tampil dengan kelainan dari sudut pengacaraan apabila Nabil Ahmad sekali lagi diberi kepercayaan mengemudi program tersebut.

Tayangan Di Astro

Big Stage X Rocketfuel akan berlangsung selama lapan minggu dimana akan mula ditayangkan pada 28 Jun 2026, setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria. Juga boleh strim secara langsung di Astro Go dan Sooka.

Dalam tempoh ini, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Senarai Peserta Big Stage 2026

Berikut merupakan senarai peserta Big Stage untuk musim ketujuh kali ini :

  1. Sufie Rose
  2. Qilo
  3. Rieffa
  4. Danny
  5. Aliff Kimiey
  6. Yad-z
  7. Ranisha
  8. Danial Kifli
  9. Sabrina
  10. Adam & Nazmie

1) Yad-Z

yad z

2) Sufie Rose

sufie rose

3) Sabrina

sabrina

4) Rieffa

rieffa

5) Ranisha

ranisha

6) Qilo

qilo

7) Danny

danny

8) Danial Kifli

danial kifli

9) Liff Kimiey

aliff kimie

10) Adam & Nazmie

adam dan nazmie

Sumber : Astro Gempak

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now