Salah satu ciri yang menarik diperkenalkan oleh Shopee adalah Shopee Coins. Tahukah anda, sebenarnya ia bukan sekadar ‘syiling digital’, tetapi boleh ditukar kepada duit dan boleh dapat lebih diskaun.
Rasanya di Malaysia siapa je tak tahu pasal Shopee. Mungkin setiap pengguna smartphone, Shopee menjadi aplikasi wajib untuk dimuat-turun. Ianya merupakan platform e-dagang untuk anda shopping dan membeli secara online.
Shopee Coins merupakan antara ciri yang ada dalam Shopee. Dengan Shopee Coins juga anda boleh dapatkan lebih diskaun. Cuma persoalan yang timbul, berapa nilai Shopee Coins yang diperoleh jika ditukar kepada duit?
Cara Dapatkan Shopee Coins
Terdapat pelbagai cara untuk anda dapatkan Shopee Coins ini setiap hari. Jika anda pengguna tegar Shopee, anda boleh kutip coins ini dan simpan serta boleh digunakan setiap kali membeli :
- Check-in harian aplikasi Shopee
- Check-in Live Shopee
- Tonton Live Shopee
- Bagi review setiap barang yang dibeli
- Tebus coins di aplikasi ShopeePay dan banyak lagi

Jadi sekarang coins anda dah banyak, tapi tak tahu berapa nilai sebenarnya. Kalau dapat 1 coins, berapa nilai jika ditukar kepada duit? Berapa tolakan diskaun yang diperoleh daripada Shopee Coins tersebut?
Nilai Shopee Coins Jika Ditukar Kepada Duit
Untuk info, nilai Shopee Coins yang ditetapkan oleh pihak Shopee adalah 1 coins bersamaan dengan 1 sen. Jadi jika anda ada 10 coins, bersamaan dengan 20 sen. 100 coins sama nilai dengan RM1.
- 1 coins = RM0.01
- 10 coins = RM0.10
- 100 coins = RM1.00
- 1000 coins = RM10.00

Jika ada 207 coins, ini bermakna boleh dapat RM2.70 diskaun
Akan tetapi kesemua coins ini anda tidak boleh cashout atau keluarkan. Ia hanya boleh digunakan di dalam aplikasi Shopee sahaja dengan dapatkan diskaun ketika anda membuat bayaran. Boleh tolak harga dengan Shopee Coins tersebut.
Selain itu anda kena tahu, bukan semua coins yang anda ada boleh digunakan bila beli di Shopee. Ini kerana ianya telah ditetapkan maksimum coins yang boleh digunakan adalah 50% daripada harga barang atau 3000 coins sahaja.
Tak cukup dengan itu, Shopee Coins juga sebenarnya ada tarikh luput iaitu selama 3 bulan selepas anda peroleh coins tersebut. Jika anda dapat pada bulan Mei, ianya akan luput pada Ogos.
Jadi sekiranya anda dah kumpul banyak coins, sila guna dan jangan simpan terlalu lama. Risau nanti tengok-tengok dah expired. Rugi je. Nak tahu lebih lanjut berkaitan Shopee Coins, boleh klik SINI.











