Belanjawan 2027 : Penerima STR Bakal Nikmati Bantuan SARA Sehingga RM1,800 Setahun

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
belanjawan 2027 STR

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) layak menikmati bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan nilai sehingga RM150 setiap bulan, bersamaan RM1,800 bagi tempoh setahun. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 9 juta penerima STR.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengumumkan menerusi Belanjawan 2027 dimana peningkatan peruntukan STR dan SARA bagi tahun 2027 kepada RM16 bilion, berbanding RM15 bilion sebelum ini.

Selain itu, bantuan SARA MADANI bernilai RM100 akan diberikan sebanyak dua kali kepada penerima STR yang berumur 18 tahun ke atas, iaitu sebelum sambutan Aidilfitri dan menjelang ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-70.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut membenarkan kredit SARA digunakan untuk membeli barangan basah dan segar di 216 pasar tani atau Tamu kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara.

Setakat ini, rangkaian rakan niaga SARA merangkumi kira-kira 15,000 premis perniagaan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,800 premis terdiri daripada kedai runcit kecil dan koperasi yang turut menyediakan kemudahan pembelian menggunakan bantuan berkenaan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now