Astro Sediakan 7 Saluran Khas Untuk Liputan Sukan Asia 2026

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
sukan asia 2026 di astro

Temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bakal berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober ini, dengan peminat sukan di Malaysia berpeluang mengikuti aksi secara langsung menerusi platform Astro, termasuk Njoi dan Sooka.

Bagi memastikan liputan yang menyeluruh, Astro akan menyediakan sebanyak tujuh (7) saluran untuk temasya berprestij tersebut. Lima (5) daripadanya merupakan saluran khas ASG1 hingga ASG5 di saluran 795 hingga 799, manakala Astro Arena di saluran 801 dan Stadium Astro di saluran 802 turut digunakan untuk menyiarkan acara berkaitan.

Saksikan Temasya Sukan Asia 2026 Di Astro

Liputan bagi Sukan Asia ke-20 ini bukan hanya tertumpu kepada siaran pertandingan secara langsung. Astro turut akan membawakan perkembangan perebutan pingat, sorotan aksi penting serta mengikuti perjalanan atlet Malaysia dan pencabar terbaik dari seluruh Asia, dengan kandungan sukan disiarkan sehingga 13 jam setiap hari.

Beberapa acara dijangka menjadi perhatian utama penyokong Malaysia, khususnya sukan yang dilihat mempunyai potensi besar untuk menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara.

asian games 2026

Sepak takraw antara acara yang pastinya mendapat perhatian selepas Malaysia hadir ke temasya ini dengan keyakinan hasil kejayaan yang diraih di pentas dunia. Skuasy pula menyaksikan penyertaan dua juara bertahan negara, S. Sivasangari dan Ng Eain Yow.

Selain kedua-dua acara tersebut, peminat tempatan juga dijangka menantikan perkembangan saingan badminton serta berbasikal trek, yang turut menjadi antara cabang sukan penting buat kontinjen Malaysia.

Segala perkembangan melibatkan atlet negara, termasuk peluang dan prospek mereka untuk membawa pulang pingat, akan diberikan perhatian menerusi program khas Pentas Tumpuan. Program itu akan menampilkan pandangan serta analisis daripada bekas atlet negara dan pakar dalam bidang sukan.

Astro turut menyediakan pelbagai kandungan tambahan sepanjang berlangsungnya temasya tersebut, termasuk rancangan pratonton pertandingan, analisis selepas aksi, sorotan perlawanan, kisah di sebalik penganjuran Sukan Asia serta himpunan detik-detik terbaik sepanjang kejohanan.

Untuk maklumat penuh berkaitan Sukan Asia 2026, anda boleh layari laman web rasmi di https://www.aichi-nagoya2026.org/

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now