Potongan Rambut Lelaki : Apa Beza ‘French Crop’ Dan ‘Caesar Cut’

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Beza French Crop Dan Caesar Cut

Ketahui beza french crop dan caesar cut iaitu antara jenis potongan rambut lelaki

French crop dan Caesar cut merupakan dua gaya potongan rambut lelaki yang semakin mendapat tempat, khususnya dalam kalangan generasi Gen Z.

BACA JUGA : Gaya Rambut Lelaki Mengikut Kesesuai Bentuk Muka

Walaupun kedua-dua potongan ini kelihatan hampir sama pada pandangan pertama, sebenarnya terdapat beberapa perbezaan yang membezakan setiap gaya tersebut.

Kedua-duanya berkongsi beberapa ciri yang hampir serupa, namun setiap potongan mempunyai identiti dan teknik penggayaan yang tersendiri.

Untuk memahami dengan lebih jelas, berikut ialah penerangan tentang perbezaan antara gaya rambut French crop dan Caesar cut.

Apa Itu Potongan Rambut Jenis French Crop

Potongan rambut French Crop

French crop ialah gaya potongan rambut pendek yang mengekalkan sedikit panjang pada bahagian atas kepala. Antara ciri utama potongan ini ialah bahagian poni yang dipotong lurus di hadapan, manakala bahagian sisi dan belakang dirapikan dengan potongan yang lebih pendek.

Gaya ini juga sering menonjolkan garis potongan yang jelas pada bahagian atas rambut. Bentuknya kadangkala kelihatan seakan-akan potongan mangkuk yang memanjang sehingga ke bahagian tepi kepala, sekali gus memberikan rupa yang kemas dan moden.

Apa Itu Potongan Rambut Jenis Caesar Cut

potongan rambut Caesar Cut

Caesar cut ialah gaya potongan rambut pendek yang bersifat klasik dan turut dikenali sebagai potongan rambut Roman. Ciri utama gaya ini ialah bahagian poni pendek di hadapan yang menjadi elemen utama dalam penampilan keseluruhan rambut.

Dalam potongan ini, bahagian sisi dan belakang biasanya dipotong lebih pendek supaya kelihatan kemas. Rambut di bahagian atas pula lazimnya disikat atau diarahkan ke hadapan, sekali gus menghasilkan gaya yang ringkas tetapi tetap bergaya.

Ini Beza French Crop Dan Caesar Cut

Ini merupakan antara perbezaan jenis potongan rambut lelaki jenis French Crop dan Caesar Cut :

i) Panjang Bahagian Hadapan

French crop biasanya menampilkan poni yang lebih panjang di bahagian depan. Sebaliknya, Caesar cut mempunyai poni yang lebih pendek dan kemas.

ii) Potongan Bahagian Tepi

French crop sering hadir dengan pelbagai variasi potongan, bergantung kepada gaya dan kreativiti tukang gunting rambut. Caesar cut pula kebiasaannya dipotong lebih ringkas dengan hujung yang kelihatan tumpul.

iii) Bahagian Sisi

Dalam gaya French crop, perbezaan antara rambut di bahagian atas dan sisi biasanya lebih ketara. Caesar cut pula mengekalkan peralihan yang lebih sekata antara bahagian atas, sisi dan belakang rambut.

Pemelihan Jenis Potongan Rambut Mengikut Wajah

Pemilihan gaya rambut yang tepat boleh membantu menyerlahkan bentuk wajah seseorang. Potongan French crop sering dianggap sesuai untuk individu yang mempunyai wajah tembam kerana gaya ini mampu memberikan ilusi wajah yang lebih tegas dan seimbang.

Sebaliknya, Caesar cut lebih serasi untuk mereka yang memiliki bentuk wajah seperti berlian, kotak, oval atau segitiga. Potongan ini membantu menonjolkan struktur wajah dengan lebih kemas dan teratur.

Dengan mengetahui perbezaan serta keistimewaan setiap jenis potongan rambut, anda boleh membuat pilihan yang lebih tepat mengikut bentuk wajah dan cita rasa peribadi.

Pemilihan gaya yang sesuai bukan sahaja membantu menyerlahkan penampilan, malah memberikan keyakinan yang lebih dalam gaya harian.

Sumber : fortseries.com

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now