Anugerah Melodi Terhangat 2026 Akan Berlangsung Secara Live Pada 18 Oktober Ini Di TV3

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
siaran langsung anugerah melodi terhangat 2026

Artis manakah yang bakal mengikut jejak langkah Daiyan Trisha bagi menjulang anugerah utama Anugerah Melodi Terhangat untuk tahun 2026? Semunya bakal terjawab pada 18 Oktober ini menerusi AMT26.

Tahun 2026 merupakan edisi ke-2 bagi Anugerah Melodi Terhangat apabila buat julung kalinya diadakan pada tahun 2025 yang lalu. Tahun lepas membawa tema ‘Hangat Bukan Beshe-Beshe!’, tahun ini lebih simple iaitu tema ‘Power’ sahaja.

Acara utama pada malam kemuncak pastinya adalah penyampaian trofi kepada pemenang. Tahun ini sebanyak 16 kategori yang dipertandingkan dan 7 daripadanya adalah kategori baru. Seramai 10 calon yang disenarai pendek pada undian terakhir sebelum diumumkan pemenang pada Ahad depan.

BACA JUGA : Senarai Top 10 Calon Anugerah Melodi Terhangat 2026

Selain daripada itu, penonton bakal disajikan dengan persembahan pentas daripada artis-artis power. Ada DOLLA, Luqman Podolski, Bunga, Adira Suhaimi, Ernie akri, Misha Omar, Aisha Retno dan ramai lagi.

persembahan anugerah melodi terhangat 2026

Sama seperti di Melodi, malam kemuncak anugerah yang akan dihoskan oleh Ain Edruce bersama Kamal Adli di pentas utama. Manakala trio Ceddy Ang, Ferra Mazlan dan Fiza Frizzy akan berada di karpet merah.

Siaran Langsung Malam Anugerah Melodi Terhangat 2026

Untuk yang berminat, anda boleh dapatkan tiket dengan harga bermula RM59 menerusi pautan https://www.wowtix.com.my/ bagi melihat dan menonton artis kesayangan anda dengan lebih dekat.

Tapi bagi yang tidak berkesempatan, anda boleh saksikan malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang berlangsung pada 18 Oktober 2026, hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran TV3.

Selain itu, bagi yang tidak mempunyai akses televisyen, jangan risau anda boleh live streaming pada waktu yang sama menggunakan Tonton sama ada di https://www.tonton.com.my/ atau aplikasi mobile.

Selebriti manakah agaknya yang bakal merangkul dan bergelar pemenang untuk kategori utama nanti?

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now