Senarai 50 Alasan Tak Datang Meeting

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
alasan tak datang meeting

Kadang-kadang bila ada meeting, rasa malas tu tiba-tiba datang. Bukannya tak nak hadir, tapi otak dah tepu. Badan pun rasa berat je. Padahal baru bangun tidur sejam lepas. Nak pergi meeting pun malas, apatah lagi nak bagi idea.

Ada masa, alasan datang sendiri. Kononnya internet slow, padahal tengah tengok Netflix sambil baring. Laptop pun tiba-tiba buat hal masa nak join Zoom Meting. Tapi dalam hati tahu, ni semua sebab tak ready. Bukan sebab tak boleh, cuma tak rajin nak mulakan.

Kadang teringat meeting tu penting. Tapi bila tengok jam, dah separuh jalan. Nak masuk pun rasa segan. Tak tahu nak bagi alasan apa. Akhirnya biar je senyap, berharap ada orang cover nama. Dalam hati janji, “esok aku join awal.” Tapi esok pun sama.

Ada juga waktu memang betul-betul penat. Lepas kerja siang, terus meeting malam pula. Kepala dah berat, badan pun minta rehat. Tapi bila skip, rasa bersalah juga. Macam lari dari tanggungjawab sendiri.

Sebenarnya bukan tak peduli. Cuma ada hari yang motivasi tu hilang entah ke mana. Tengok reminder meeting pun dah rasa serabut. Rasa nak lenyap sekejap dari dunia kerja.

Jadi, bila senarai alasan tak datang meeting tu panjang, sebenarnya bukan sebab malas semata. Kadang cuma perlukan masa untuk tenang, sebelum mula semula.

Contoh 50 Alasan Tak Datang Kerja

Jadi kalau rasa malas nak datang meeting atau mungkin terlepas kehadiran, boleh cipta macam-macam alasan. Mungkin alasan ini valid untuk anda terutamanya yang berkaitan peribadi kan.

Alasan Berkaitan Kerja

  1. Ada urusan penting dengan client yang tak boleh ditangguh.
  2. Boss panggil masuk meeting lain pada masa sama.
  3. Tengah handle urgent issue di tempat kerja.
  4. Internet tiba-tiba down masa nak join.
  5. Laptop tengah update sistem dan ambil masa lama.
  6. Ada masalah teknikal pada komputer (mic/audio tak berfungsi).
  7. Tengah siapkan laporan penting yang perlu dihantar segera.
  8. Kena bantu team lain sebab staf tak cukup.
  9. Ada panggilan kecemasan daripada HQ.
  10. Sistem syarikat tiba-tiba crash, perlu troubleshoot segera.
  11. Tengah on call dengan vendor untuk urusan kerja.
  12. Salah tengok jadual meeting, baru perasan waktu sebenar.
  13. Tengah urus penghantaran dokumen penting.
  14. Ada site inspection yang tak boleh ditinggalkan.
  15. Meeting bertindih dengan training wajib syarikat.
  16. Tengah entertain client yang datang tanpa janji temu.
  17. Kena join taklimat mendadak dari pengurusan.
  18. Tengah urus submission tender projek.
  19. Tengah kemas kini data penting dalam sistem syarikat.
  20. Kena urus bayaran supplier segera sebelum waktu tutup.
  21. Ada perbincangan penting dengan pihak luar organisasi.
  22. Tengah bantu selesaikan isu operasi harian.
  23. Ada audit dalaman sedang berjalan.
  24. Tengah buat semakan akhir laporan kewangan.
  25. Perlu hadir ke tapak projek untuk pantauan segera.

Alasan Peribadi

  1. Anak tiba-tiba tak sihat dan perlu dihantar ke klinik.
  2. Ada kecemasan keluarga yang perlu diurus segera.
  3. Kena urus ahli keluarga yang dimasukkan ke hospital.
  4. Ada janji temu perubatan yang dah dijadual lebih awal.
  5. Rumah mengalami gangguan elektrik (blackout).
  6. Sambungan WiFi rumah terganggu.
  7. Tersangkut dalam trafik akibat kemalangan di jalan utama.
  8. Hujan lebat menyebabkan kenderaan tak dapat keluar.
  9. Dapat panggilan kecemasan daripada ibu bapa.
  10. Terpaksa jaga anak sebab pengasuh tak dapat datang.
  11. Sedang alami migrain/sakit kepala yang teruk.
  12. Tengah tunggu juruteknik datang baiki paip atau elektrik.
  13. Tertinggal kunci rumah, tak dapat keluar.
  14. Ada urusan penting di bank yang tak boleh ditunda.
  15. Tengah tunggu penghantaran dokumen rasmi.
  16. Kenderaan rosak dalam perjalanan ke tempat kerja.
  17. Dapat panggilan kecemasan dari pihak sekolah anak.
  18. Terpaksa uruskan hal kecemasan jiran berdekatan.
  19. Ada temujanji rasmi dengan pihak kerajaan.
  20. Tengah uruskan urusan rumah sewa atau kontrak penting.
  21. Terpaksa ke balai polis untuk laporan dokumen hilang.
  22. Sedang menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan.
  23. Dapat panggilan kecemasan daripada hospital.
  24. Ada masalah kesihatan ringan tapi mengganggu fokus.
  25. Perlu hadir ke urusan rasmi keluarga seperti kematian atau kecemasan.

Risiko bagi alasan-alasan tak datang meeting ini adalah tanggungan sendiri ya. Jangan nak salahkan orang lain kalau kantoi. Selamat ‘beralasan’.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment