Waktu Solat Terengganu Hari Ini

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
waktu solat terengganu

Pasti ada yang tertanya-tanya tentang waktu solat Terengganu hari ni kan? Sehari 5 kali untuk terus mengabdikan diri kepada Allah dan itulah sifat hamba yang ada pada kita dengan melakukan solat.

Menunaikan solat pada waktunya menunjukkan kepatuhan kepada perintah Allah SWT. Ia juga menjadi tanda disiplin dan keimanan seseorang hamba.

Perubahan masa solat berlaku mengikut musim, kawasan, dan kedudukan geografi sesuatu tempat. Oleh sebab itu, penting untuk sentiasa rujuk jadual waktu solat terkini setiap hari terutamanya jika anda berada di Terengganu.

Jadual Waktu Solat di Terengganu

Jadual waktu solat bagi negeri Terengganu disusun mengikut bulan dari Januari hingga Disember 2025. Ia biasanya dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan disahkan oleh Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Setiap bulan menunjukkan waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak secara terperinci. Jadual ini boleh dijadikan panduan harian untuk umat Islam menunaikan ibadah tepat pada waktunya. Untuk kemudahan, waktu solat juga boleh disemak melalui laman web rasmi esolat.gov.my atau aplikasi mudah alih.

Negeri Terengganu dibahagikan kepada 4 zon waktu solat utama. Pembahagian ini dibuat berdasarkan kedudukan geografi dan jarak antara daerah.

Perbezaan antara kempat-empat zon ini biasanya hanya beberapa minit sahaja. Namun, ia tetap penting kerana solat perlu dilakukan mengikut waktu yang tepat.

Pengguna digalakkan menyemak zon masing-masing supaya tidak tersalah waktu, terutamanya ketika bermusafir antara daerah.

Klik pada link dibawah untuk ketahui jadual waktu solat di seluruh Terengganu sepanjang tahun 2025 bagi setiap kawasan :

Kepentingan Menunaikan Solat Tepat Waktu

Solat tepat pada waktunya membawa keberkatan dalam kehidupan seharian. Ia mendidik hati untuk lebih disiplin dan mengutamakan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda bahawa amalan paling disukai oleh Allah ialah solat pada waktunya.

Menjaga waktu solat juga melatih diri untuk lebih teratur dan fokus. Solat yang dilakukan tepat pada waktunya menjadi penghapus dosa kecil dan penguat iman. Ia juga menenangkan jiwa dan menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia.

Keistimewaan Menunaikan Solat di Awal Waktu

Menunaikan solat di awal waktu menunjukkan keutamaan seseorang terhadap perintah Allah. Ia melambangkan keikhlasan hati dan rasa cinta kepada ibadah. Solat awal waktu juga membuka pintu rezeki dan menenangkan hati yang gelisah.

Rasulullah SAW sering menunaikan solat sebaik sahaja masuk waktunya. Umat Islam digalakkan mengikut sunnah ini sebagai tanda keutamaan kepada ibadah. Semakin cepat seseorang menunaikan solat selepas azan, semakin besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

Sumber : JAKIM

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment