Ramai pelanggan masih keliru tentang waktu operasi BSN atau Bank Simpanan Nasional, terutama apabila melibatkan perbezaan antara cawangan beberai negeri di semenanjung dan Sabah Sarawak.
Kekeliruan ini biasanya menyebabkan pembaziran masa seperti datang awal, tapi kaunter belum buka. Kalau datang lewat, takut nombor giliran pula habis. Kan banyak masa terbuang disitu.
Dari dahulu hingga sekarang, BSN terus mengekalkan struktur operasi yang hampir sama setiap tahun, namun dengan beberapa penyesuaian mengikut cawangan lokasi bagi setiap negeri.
Disini anda boleh tahu waktu operasi BSN terkini dengan tepat, sama ada untuk urusan kaunter, pembukaan akaun, pengeluaran besar, atau perkhidmatan khas. Anda boleh tengok seperti dibawah.
Waktu Operasi BSN Terkini
Sekiranya anda ingin berurusan dimana-mana cawangan BSN di seluruh negeri, anda boleh ikuti hari dan masa seperti dibawah :
Semenanjung Malaysia
1) Semua Negeri Kecuali Kelantan & Terengganu
- Isnin – Ahad : 9.00am – 4.45pm
- Jumaat : 9.00am – 12.30pm & 2.30pm – 5.00pm (rehat 12.30pm – 2.30pm)
2) Kelantan & Terengganu Sahaja
- Ahad – Rabu : 9.00am – 4.45pm
- Khamis : 9.00am – 3.40pm
Sabah
- Isnin – Khamis : 8.30am – 4.15pm
- Jumaat : 8.30am – 12.00pm & 2.00pm – 4.30pm (rehat 12.00pm – 2.00pm)
Sarawak
- Isnin – Khamis : 8.30am – 4.15pm
- Jumaat : 8.30am – 12.00pm & 2.00pm – 4.30pm (rehat 12.00pm – 2.00pm)
Adakah BSN Buka Hujung Minggu?
Tidak untuk semua cawangan BSN di seluruh Malaysia. Namun untuk mesin ATM & CDM beroperasi 24 jam.
Untuk info lanjut mengenai waktu operasi BSN terkini, anda boleh rujuk laman web rasmi Bank Simpanan Nasional di https://www.bsn.com.my/












