Tarikh Dan Jadual Gaji 2026 Untuk Penjawat Awam Kerajaan (Emolumen Bulanan)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
tarikh gaji 2026

Setiap kali masuk hujung bulan, perkara pertama yang ramai kakitangan awam fikirkan sudah tentu tentang tarikh gaji.

Soalan seperti “Bila gaji masuk bulan depan?” memang biasa kita dengar, lebih-lebih lagi bila ada komitmen bulanan yang perlu dijelaskan tepat pada masanya. Sebab itulah jadual gaji 2026 untuk kakitangan awam kerajaan sentiasa jadi carian penting setiap tahun.

Bagi penjawat awam, mengetahui tarikh dan jadual gaji 2026 lebih awal sangat membantu untuk urus kewangan dengan lebih teratur.

BACA JUGA : Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri Kepada Penjawata Awam Sebanyak RM500 Untuk Tahun 2026

Sama ada untuk bayar ansuran rumah, kereta, bil utiliti atau rancang perbelanjaan keluarga, maklumat ini memang relevan dan praktikal.

Dalam perkongsian kali ini, dikongsikan info penting berkaitan pembayaran gaji kakitangan awam tahun 2026 supaya anda boleh rujuk dengan mudah.

Bilakah Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2026?

Secara kebiasaannya, pembayaran gaji kakitangan awam kerajaan dibuat pada hujung bulan iaitu sekitar 23 hingga 25 haribulan setiap bulan. Namun begitu, ada beberapa bulan yang mungkin diawalkan kerana faktor tertentu seperti:

  • Musim perayaan utama
  • Cuti umum panjang

Tarikh rasmi biasanya dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Pengumuman ini selalunya dibuat lebih awal supaya semua penjawat awam boleh bersedia.

Walaupun corak pembayaran setiap tahun hampir sama, ada sedikit perubahan tarikh bergantung kepada kalendar dan cuti umum 2026.

Tarikh & Jadual Gaji 2026

Berikut merupakan tarikh bulanan dan jadual gaji untuk kakitangan awam persekutuan seluruh Malaysia untuk tahun 2026 :

BulanTarikhHari
Januari22/1/2026Khamis
Februari12/2/2026Khamis
Mac16/3/2026Isnin
April20/4/2026Isnin
Mei21/5/2026Khamis
Jun25/6/2026Khamis
Julai23/7/2026Khamis
Ogos24/8/2026Isnin
September24/9/2026Khamis
Oktober22/10/2026Khamis
November25/11/2026Rabu
Disember21/12/2026Isnin

Gunakan maklumat jadual gaji kakitangan awam 2026 ini sebagai panduan untuk merancang perbelanjaan, menyusun simpanan dan elak tekanan kewangan di hujung bulan.

Untuk kakitangan swasta, jadual dan tarikh gaji pastinya berbeza mengikut syarikat. Jadi nak tahu, kena la tanya HR.

Sumber : Jabatan Akauntan Negara

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now