Kerajaan Umum STR Fasa 2 Dibayar Lebih Awal, Agihan Bermula 10 Mac

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
str fasa 2 diawalkan

Kerajaan Malaysia mengambil kira keperluan rakyat yang sedang membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sehubungan itu, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah, STR Fasa 2 diumumkan akan disalurkan lebih awal, dengan agihan dibuat secara berperingkat bermula 10 Mac 2026 (Selasa).

Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.2 juta rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan berkenaan.

Secara keseluruhan, pelaksanaan STR Fasa 2 melibatkan peruntukan sekitar RM1.3 bilion, meningkat berbanding RM1.1 bilion yang diagihkan kepada 5 juta penerima pada Fasa 1 sebelum ini.

BACA JUGA : Cara Kemaskini STR Sekiranya Ada Kemaskini Maklumat Baru

Peningkatan tersebut turut dipengaruhi oleh kelulusan 200,000 penerima baharu, yang dijadualkan mula menerima pembayaran bermula 30 Mac 2026.

Berdasarkan pecahan kategori penerima, seramai 3.8 juta isi rumah serta 1.4 juta warga emas tanpa pasangan akan menerima bayaran bantuan dengan kadar antara RM100 hingga RM600, bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing.

Orang ramai boleh merujuk maklumat terperinci serta bahagian Soalan Lazim (FAQ) dengan melayari portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now