Stadium Nasional Bukit Jalil Kini TM Stadium Nasional, Axiata Arena Bertukar Nama Unifi Arena

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
stadium nasional bukit jalil ada nama baru

Stadium Nasional Bukit Jalil kini tampil dengan identiti baharu apabila secara rasmi dinamakan sebagai TM Stadium Nasional.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menerusi kenyataan yang dikongsikan di semua platform rasmi organisasi berkenaan.

tm stadium nasional

Perubahan nama ini dibuat susulan perjanjian hak penamaan yang dimeterai antara PSM dan syarikat telekomunikasi utama negara, Telekom Malaysia Berhad.

Kerjasama strategik tersebut membawa kepada penjenamaan semula stadium ikonik berkenaan sebagai sebahagian daripada inisiatif penjenamaan baharu.

Selain TM Stadium Nasional, Nama Axiata Arena Juga Kini Digelar Unifi Arena

Selain SNBJ, sebuah lagi venue utama di kawasan Bukit Jalil turut mengalami perubahan nama. Stadium Putra Bukit Jalil yang sebelum ini dikenali sebagai Axiata Arena kini secara rasmi dijenamakan semula sebagai Unifi Arena.

unifi arena

Penukaran nama tersebut menjadikan arena berkenaan tampil dengan identiti baharu selaras dengan penjenamaan terkini yang diperkenalkan.

Menurut Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), kerjasama strategik yang dimeterai untuk tempoh tiga tahun itu bertujuan memastikan kemudahan stadium terus diperkasa dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Inisiatif tersebut juga dilihat mampu menyokong usaha mengekalkan stadium berkenaan sebagai lokasi utama penganjuran acara sukan serta hiburan bertaraf antarabangsa.

Perjanjian hak penamaan stadium yang dimeterai antara Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Telekom Malaysia ini dijalankan untuk tempoh selama tiga tahun.

Sumber : PSM

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now