[Live Streaming] Siaran Langsung Gempak Most Wanted Awards 2025

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
siaran langsung gempak most wanted awards 2025

Malam penuh gemilang yang dinanti-nantikan akhirnya kembali. Gempak Most Wanted Awards (GMWA) bakal mewarnai semula arena hiburan digital Malaysia pada 15 Februari 2026, hujung minggu ini.

Memasuki penganjuran tahun keempat, edisi 2025 tampil dengan konsep segar yang lebih berani dan dekat dengan jiwa generasi masa kini.

Bertemakan ‘Re-Culture’, GMWA 2025 memberi penghormatan kepada figura dan karya yang berjaya mencipta impak besar sepanjang tahun lalu menerusi kategori yang dipertandingkan.

Jika sebelum ini, pemenang ditentukan sepenuhnya daripada undian peminat, tapi untuk edisi kali ini format pemarkahan baharu digunakan iaitu 50-50; separuh undian online dan separuh daripada markah juri.

Apa Maksud Tema Re-Culture?

Dalam dunia media sosial hari ini, pelbagai istilah yang kita dengar seperti 6-7, Aura, Sigma, Rizz dan Cooked, yang mana telah menjadi sebahagian daripada perbualan harian pengguna platform digital.

Namun, Re-Culture yang diketengahkan GMWA 2025 membawa maksud yang lebih mendalam.

Menurut pihak penganjur, tema ini merujuk kepada kebangkitan semula rasa cinta terhadap budaya, minat dan identiti yang diterapkan dalam kehidupan anak muda masa kini.

Warisan tidak sekadar disimpan sebagai kenangan, sebaliknya boleh diberi nafas baharu agar selari dengan peredaran zaman.

Menerusi pendekatan ini, penonton boleh menjangkakan persembahan yang menggabungkan muzik, visual kreatif, gaya pentas moden serta inovasi digital dengan elemen tradisional yang tetap relevan.

Setiap artis dijangka menterjemahkan konsep Re-Culture mengikut interpretasi tersendiri, sekali gus mencipta pengalaman tontonan yang berbeza dan segar.

Persembahan Daripada Barisan Selebriti Popular

Pada malam kemuncak, ditampilkan sekali lagi gandingan Sean Lee dan Amelia Henderson sebagai pengacara utama. Bukan itu sahaja, turut dimeriahkan lagi dengan barisan persembahan istimewa daripada nama-nama besar industri muzik tempatan.

Gempak Most Wanted Awards kali ini menampilkan penampilan daripada Dayang Nurfaizah, Aisha Retno, Noraniza Idris, Hael Husaini, Marsha Milan dan Aina Abdul.

persembahan selebriti gempak most wanted awards 2026

Turut memeriahkan malam berprestij ini ialah ALPHA, Nadeera, Thalita, Fahimi Rahmat, Nazu, Zynakal, Zamir Harith serta ramai lagi penghibur popular.

12 Kategori Jadi Tumpuan

Sebanyak 12 kategori dipertandingkan iaitu Selebriti Tergempak, Drama Tergempak, Program Digital Tergempak, Video Muzik Tergempak, Lagu Era Tergempak dan Hos Program Digital Tergempak.

Ini juga termasuk enam kategori khas buat pencipta kandungan digital merangkumi bidang sukan, motivasi dan pendidikan, gaya hidup, makanan, kecantikan dan fesyen serta hiburan.

BACA JUGA : Senarai Penuh Calon TOP 10 Gempak Most Wanted Awards 2025

Kepelbagaian kategori ini mencerminkan perkembangan pesat industri hiburan digital yang semakin terbuka dan inklusif.

Ia turut mempertemukan ikon berpengalaman dengan bakat generasi baharu dalam satu pentas yang sama. Tanpa asas yang dibina oleh generasi terdahulu, mustahil wujudnya gelombang kreatif masa kini.

Pendekatan Re-Culture memperlihatkan bagaimana budaya tempatan boleh terus berkembang melalui kreativiti digital dan bentuk ekspresi baharu daripada komuniti dalam talian.

Siaran Langsung Gempak Most Wanted Awards 2025

GMWA 2025 akan bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam pada hari Ahad, 15 Februari 2026, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi platform Sooka di https://sooka.my/ atau menggunakan aplikasi mobile.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan malam yang meraikan fenomena hiburan digital tempatan ini secara eksklusif.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now