Ini Senarai Penuh Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2025

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
meerqeen pemenang gempak most wanted 2025

Pelakon popular, Meerqeen, mencipta momen terindah dalam karier seninya apabila diumumkan sebagai penerima anugerah utama di Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025).

Majlis berprestij itu berlangsung dengan penuh gemilang di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Ahad dan menyaksikan namanya terus menjadi sebutan ramai.

Tidak cukup dengan itu, Meerqeen sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri hiburan tanah air apabila turut membawa pulang trofi Selebriti Tergempak 2025.

BACA JUGA : Senarai Calon TOP 10 Gempak Most Wanted Awards 2025

Kejayaan berganda tersebut jelas membuktikan pengaruh dan sokongan padu yang diterimanya daripada para peminat.

Malam penuh gemilang itu turut menyaksikan drama lakonannya berjudul Thariq Ridzuwan dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Drama Tergempak 2025.

Kejayaan tersebut menambah lagi seri kemenangan Meerqeen pada acara berkenaan, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pelakon pilihan ramai.

Kemeriahan Gempak Most Wanted Awards 2025

Acara GMWA2025 yang dihoskan oleh Amelia Henderson dan Sean Lee turut diserikan dengan persembahan daripada barisan artis terkenal tanah air seperti Marsha, Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hael Husaini, kumpulan ALPHA serta ramai lagi.

Setiap persembahan berjaya menghangatkan suasana dan memberikan pengalaman hiburan yang mengujakan buat penonton di dewan mahupun di rumah.

Gempak Most Wanted Awards 2025 telah disiarkan secara langsung pada 15 Februari 2026 dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Siaran eksklusifnya boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104), selain turut tersedia di platform On Demand, Astro GO dan Sooka untuk kemudahan penonton.

Senarai Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2025

Ini merupakan senarai penuh pemenang bagi 12 kategori Gempak Most Wanted Awards 2025 beserta pemenan anugerah utama:

Gempak Most Wanted 2025 – Meerqeen

Program Digital Tergempak – Sembang Seram (Ep: Jihaa Sham)

Digital Creator Sports Tergempak – Hakim Nanyan

Digital Creator Entertainment Tergempak – Christy Ng

Digital Creator Motivation & Education Tergempak – Sir Badang

Digital Creator Foodie Tergempak – Jason

Digital Creator Beauty & Fashion Tergempak – Nigel Sparks

Digital Creator Lifestyle Tergempak – Wani Faizun

Hos Program Digital Tergempak – Amelia Henderson (Studio Sembang)

Video Muzik Tergempak – P Ramlee Saloma (ALPHA)

Lagu ERA Tergempak – Mona Lisa (Bang Bang) – ALPHA

Drama Tergempak – Thariq Ridzuwan (Astro Ria)

Selebriti Tergempak – Meerqeen

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now