Ramadan merupakan bulan ke-9 dalam takwim Hijrah dan sering dianggap sebagai bulan paling mulia bagi umat Islam.
Seperti bulan-bulan lain dalam kalendar Islam, tempohnya sama ada 29 atau 30 hari bergantung kepada penetapan anak bulan.
Sepanjang tempoh ini, umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia diwajibkan menunaikan ibadah puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Bagi tahun 2026, tarikh 19 Februari yang jatuh pada hari Khamis menandakan permulaan Ramadan yang juga merupakan tarikh 1 Ramadan 1447 Hijri.
BACA JUGA : Senarai Penuh Kalendar Kuda Malaysia Tahun 2026
Walau bagaimanapun, hari tersebut tidak diwartakan sebagai cuti umum di seluruh negara.
Hanya negeri tertentu sahaja yang diberikan kelepasan am sempena awal Ramadan, manakala negeri-negeri lain meneruskan operasi dan urusan harian seperti biasa.
Senarai Negeri Yang Bercuti Pada 1 Ramadan Tahun 2026
Kebiasaanya, setiap tahun kerajaan negeri Johor dan Kedah menetapkan awal Ramadan atau 1 Ramadan sebagai cuti umum di negeri masing-masing.
Selain itu, untuk tahun 2026, Melaka turut akan bercuti pada 1 Ramadan seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusof.
Menurut laporan Melaka Hari Ini, Cuti khas itu diberikan sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang banyak memacu pentadbiran Kerajaan Negeri sepanjang tahun lalu
Sebaliknya, negeri serta wilayah yang tidak memperuntukkan cuti umum pada awal Ramadan adalah seperti berikut :
- Kelantan
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Selangor
- Sabah
- Sarawak.
- Terengganu
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Labuan
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
Orang ramai di negeri-negeri berkenaan perlu mengambil maklum bahawa tarikh tersebut bukan hari kelepasan am, dan segala urusan rasmi serta operasi perniagaan berjalan seperti biasa pada hari pertama Ramadan 2026.











