Senarai Kad Bank Yang Menyokong Apple Pay Di Malaysia

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
senarai kad bank menyokong apple pay

Apple Pay semakin popular di Malaysia! Dengan hanya tap iPhone atau Apple Watch, dah boleh buat pembayaran tanpa perlu keluarkan kad debit atau kad kredit anda. Sangat mudah dan pantas, sesuai untuk mereka yang suka cashless lifestyle.

Tapi persoalannya, tak semua kad bank di Malaysia boleh digunakan dengan Apple Pay. Jadi, kalau anda nak guna Apple Pay, pastikan kad anda menyokong perkhidmatan ini.

Jangan risau, disini disenarai lengkap bank yang menyokong Apple Pay supaya anda tak perlu pening kepala cari satu per satu.

Disini juga dikongsikan bank mana yang menyokong Apple Pay, jenis kad yang boleh digunakan (debit atau kredit), dan cara mudah untuk set up Apple Pay dalam iPhone anda. Kalau anda baru nak berjinak-jinak dengan pembayaran digital, ini panduan yang tepat untuk anda!

Senarai Kad Bank Yang Menyokong Apple Pay Di Malaysia

Jom semak senarai bank dan pastikan kad anda boleh digunakan dengan Apple Pay. Tak perlu risau lagi bila terlupa bawa dompet—semuanya ada dalam telefon!

  • AmBank (Mastercard dan Visa kad kredit)
  • HSBC (Mastercard dan Visa kad kredit)
  • Maybank (American Express, MAE, Mastercard, Visa kad kredit dan debit)
  • RHB Bank Berhad (Visa kad kredit dan debit)
  • Standard Chartered Bank (Mastercard and Visa kad kredit)
  • Wise (Visa Prabayar)

Setakat ini, tidak semua bank menyokong perkhidmatan Apply Pay ini. Sekiranya tersenarai, anda boleh sambungkan atau simpan kad-kad tersebut di dalam Apple Wallet dan boleh buat pembayaran menggunakan Apply Pay menggunakan iPhone sahaja selepas ini.

Cara Set Up Apple Pay Dalam Apple Wallet iPhone

Nak set up Apple Pay senang je! Ikuti langkah mudah ni, dan selepas ni anda boleh buat pembayaran hanya dengan iPhone atau Apple Watch menerusi Apple Pay.

Cara Set Up Apple Pay di iPhone

  1. Buka Wallet App – Dalam iPhone, cari aplikasi Wallet dan buka.
  2. Tambah Kad Baru – Tekan butang “+” di bahagian atas kanan.
  3. Pilih Jenis Kad – Pilih Debit Card atau Credit Card mengikut kad yang anda nak tambah.
  4. Masukkan Maklumat Kad – Anda boleh scan kad guna kamera atau masukkan nombor secara manual.
  5. Sahkan dengan Bank – Bank akan hantar kod OTP melalui SMS atau email untuk pengesahan.

Siap! – Kad anda dah berjaya ditambah, dan Apple Pay sedia digunakan.

Cara Set Up Apple Pay di Apple Watch

  1. Buka Apple Watch App di iPhone.
  2. Pergi ke Wallet & Apple Pay dan tekan “Add Card”.
  3. Ikut langkah sama seperti di iPhone untuk tambah kad.
  4. Bila dah siap, anda boleh guna Apple Watch untuk bayar!

Selepas ini, sekiranya anda ingin buat pembayaran, double tap butang sisi iPhone atau Apple Watch, pilih kad dan tap pada terminal pembayaran. Semua terminal yang menerima pembayaran menggunakan kad, turut diterima menggunakan Apple Pay.

Sumber : Apple

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment