Bila masuk je bulan baru, pasti ramai peminat filem terutamanya dah mula tercari-cari apa filem terbaru yang bakal meletup di pawagam. Bukan apa, kadang-kadang rasa tak sabar nak tahu cerita apa yang bakal menghiburkan hati, buat kita tergelak, menangis atau terpegun dengan aksi dan jalan cerita luar biasa.
BACA JUGA : Senarai Filem Ditayangkan Sepanjang Julai
Sebagai kaki wayang, pastinya ramai yang suka duduk scroll senarai filem terbaru supaya boleh rancang awal. Mungkin ada yang nak tengok dengan kawan ke, keluarga ke, atau solo pun tak kisah janji puas hati.
Ogos 2025 ni nampaknya tak kurang meriahnya dengan barisan filem tempatan dan antarabangsa yang cukup menarik perhatian. Ada filem aksi seperti Legasi Bomba The Movie yang buat kita duduk tak senang atas kerusi.
Ada juga filem komedi Romantik seperti Materialist yang confirm boleh buat kita gelak tak ingat dunia. Tak kurang juga filem anime terhebat tahun ini, Demon Slayer Infinity Castle. Filem seram pun banyak bulan ini. Pendek kata, bulan Ogos ni macam buffet wayang, semua ada!
Dah tahu senarai filem terbaru ini, lepas ni boleh plan cuti hujung minggu atau malam Jumaat dengan sesuatu yang best. Lagi seronok bila dapat jadi antara orang terawal yang tengok filem baru dan kongsi review kat media sosial, kan?
Senarai Filem Terbaru Di Pawagam Sepanjang Ogos 2025
Jadi, kalau anda pun tengah tercari-cari apa yang best ditayangkan di pawagam sepanjang Ogos 2025, dapatkan senarai filem terbaru ni. Siapa tahu, mungkin ada yang bakal jadi filem kegemaran anda tahun ni!
7 Ogos 2025
- Shaman
- Indera
- Penjagal Iblis: Dosa Turunan
- Attack 13
- Gerbang Setan
- Insya Allah Berkah
- The Bad Guys 2
- Worth The Wait
- Weapons
- Rego Nyowo
- Freakier Friday
14 Ogos 2025
- Pavane For An Infant
- Coolie
- Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba – Infinity Catle
- Angkat

21 Ogos 2025
- My Daughter Is A Zombie
- UC Harfliler: Fal
- Legasi: Bomba The Movie
- La Tahzan
- Denu
28 Ogos 2025
- ParaXNormal
- Abah Saya Uncle Mike
- 6Days
- Haunted Mountains: The Yellow Taboo
- Hanya Namamu Dalam Doaku
- Materialist
- Tharae The Exorcist
- Nobody 2
- Mah’s Journey
- Jagat

Itulah antara senarai filem terbaru yang bakal memeriahkan pawagam sepanjang Ogos 2025. Harapnya senarai ni boleh bantu anda pilih mana satu nak tengok dulu. Anda bercadang nak tengok yang mana nanti? Kongsilah dengan kami…












1 thought on “Senarai Filem Terbaru Pawagam Sepanjang Ogos 2025”