Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah doa selepas solat yang sesuai dan boleh diamalkan. Hakikatnya, selepas selesai menunaikan solat fardhu, kita dianjurkan untuk duduk seketika dalam keadaan tenang bagi berzikir dan berdoa kepada Allah SWT.
Amalan ini bukan sahaja mendekatkan diri kepada Pencipta, malah menjadi pelengkap kepada ibadah solat yang dilakukan.
Dalam Islam, terdapat pelbagai doa selepas solat yang boleh diamalkan mengikut keperluan dan hajat masing-masing, sama ada memohon keampunan, perlindungan, rezeki yang halal mahupun ketenangan jiwa.
BACA JUGA : Contoh Doa Hari Arafah Yang Boleh Diamalkan Sempena 9 Zulhijjah
Selepas memberi salam, umat Islam digalakkan berzikir dengan menyebut Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahu Akbar, diikuti dengan doa yang lahir dari hati yang ikhlas. Waktu selepas solat merupakan antara saat mustajab untuk berdoa, maka rugilah jika ia dilepaskan begitu sahaja.
Selepas selesai berdoa, barulah seseorang boleh bangun dan meneruskan urusan harian seperti biasa. Ini merupakan panduan serta senarai doa selepas solat yang boleh diamalkan oleh setiap Muslim sebagai amalan harian.
Contoh Doa Selepas Solat Yang Boleh Diamalkan
Berikut merupakan antara contoh-contoh doa yang boleh diamalkan selepas selesai solat fardhu setiap hari :
Doa Kepada Kedua Ibu Bapa
Antara amalan yang sampai hingga ke kubur adalah doa anak yang soleh kepada Ibu Bapanya. Jadi doa ini antara amalan yang boleh kita amalkan untuk kesejahteraan mereka sama ada masih ada atau tidak ada lagi.

Doa Menghindari Rasa Malas Dan Mengekalkan Cengkaman Hutang

Daripada doa ini, ia mengajar kita agar kita dihindarkan atau dijauhkan daripada sifat malas, lemah, sombong, perasaan hiba dan dipermudahkan untuk melangsaikan hutang. Doa ini sesuai untuk semua orang yang pastinya mudah lalai dan lemah sebagai seorang manusia
Doa Semoga Dikurniakan Keluarga Yang Bahagia

Amalkan doa ini selepas solat supaya kita dikurniakan keluarga yang bahagia dan baik sentiasa. Percayalah, mohon daripada Allah.
Doa Ditetapkan Hati Dalam Keimanan

Iman seorang hamba pastinya ada pasang surutnya. Jadi doa ini memohon daripada Allah supaya ditetapkan iman kita supaya tidak berbolak-balik.
Doa Kebahagian Di Dunia Dan Akhirat
Mintalah daripada Allah sebagai hamba supaya diberikan kejayaan di dunia dan juga akhirat. Disamping itu, dijauhkan daripada api neraka yang pastinya tidak mampu dijangkau dengan fikiran logik keadaanya di sana kelak.













