10 Orang Paling Kaya di Malaysia Berdasarkan Data Sepanjang Tahun 2025
Kedudukan Tan Sri Robert Kuok sebagai orang terkaya Malaysia kekal kukuh berdasarkan senarai terbaru Forbes bagi tahun 2025, dengan kekayaan bersihnya dianggarkan mencapai AS$11.5 bilion atau bersamaan RM55.1 bilion.
Perkara ini disahkan melalui laporan yang dikeluarkan oleh Forbes, membuktikan bahawa usahawan veteran berusia 100 tahun itu, yang menyambut ulang tahun seabad pada Oktober tahun lalu, masih menjadi antara bilioner tertua yang aktif di persada dunia.
Perjalanan perniagaannya bermula hampir 75 tahun lalu di Johor Bahru apabila beliau menubuhkan Kumpulan Kuok, sebuah perniagaan yang berkembang pesat merentasi pelbagai sektor termasuk gula, beras dan tepung gandum sebelum menjelma menjadi sebuah empayar perniagaan yang disegani.
BACA JUGA : Senarai Individu Paling Kaya Di Dunia Untuk Tahun 2025. Elon Musk Mengungguli Carta
Selain itu, tahun 2025 juga telah melonjakkan lagi kekayaan jutawan Melayu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary daripada AS$1.3 bilion kepada AS$2.2 bilion. Bukan itu sahaja, kini beliau merupakan orang ke-8 paling kaya di Malaysia
Selain Robert Kuok Syed Mokhtar Albukhary, terdapat beberapa nama lain yang turut tersenarai dalam kalangan individu paling kaya di Malaysia bagi tahun 2025.
10 Individu Paling Kaya Di Malaysia Untuk Tahun 2025
Berdasarkan data terbaru yang diterbitkan Forbes bagi tahun 2025, berikut merupakan 10 individu yang menduduki tangga teratas senarai orang paling kaya di Malaysia:
1. Robert Kuok – $12.1 Bilion (Palm Oil, Shipping, Property)
2. Quek Leng Chan – $9.9 Bilion (Banking, Property)
3. Koon Poh Keong – $4.2 Bilion (Manufacturing)
4. Lee Thiam Wah – $3.7 Bilion (Food & Beverage)
5. Jeffrey Cheah – $3.5 Bilion (Real Estate)
6. Lee Yeow Chor – $3.1 Bilion (Real Estate)
7. Lee Yeow Seng – $2.3 Bilion (Real Estate)
8. Syed Mokhtar Albukhary – $2.2 Bilion (Construction & Engineering)
9. Lim Kok Thay – $1.8 Bilion (Gambl1ng & Ca$inos)
10. Kie Chie Wong – $1.7 Bilion (Metals & Mining)
Sumber : Forbes












1 thought on “Senarai 10 Orang Paling Kaya Di Malaysia 2025 Versi Forbes”
Comments are closed.