Senarai Peserta Tersingkir Raise The Star Malaysia 2025

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
raise the star malaysia 2025

Raise The Star Malaysia menjadi program reality show terbaru terbitan Astro yang bertujuan mencari bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian. Merekalah yang bakal mewarnai industria hiburan tanah air di masa akan datang.

Berbeza dengan program realiti yang lain, Raise The Star Malaysia mengetengahkan format baharu di mana 5 komposer mencari suara untuk lagu hit seterusnya. Barisan juara bakal mendapatkan hasil buah tangan daripada komposer-komposer tersebut.

Seramai 30 peserta yang digelar juga sebagai bintang layak untuk membuat persembahan di minggu pertama. Kesemua mereka diadili oleh 5 juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatana, Audi Mok dan Aina Abdul.

juri raise the star malaysia

Para bintang akan diadili oleh komposer yang juga juri tetapi berdasarkan persembahan setiap minggu. Markah juri mewakili 80%, manakala undian online pula menyumbang kepada 20%. Undi online DISINI.

Setiap minggu, terlebih dahulu akan diumumkan kedudukan lima teratas yang berjaya ke minggu seterusnya. Manakala mereka yang peroleh markah terendah di kedudukan bawah, bakal disingkirkan.

Raise The Star Malaysia akan bersiaran selama 8 minggu iaitu bermula 22 Jun 2025, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan juga platform penstriman Astro GO dan Sooka.

Senarai 30 Peserta Raise The Star Malaysia

Seramai 30 peserta yang berjaya mara ke program Raise The Star Malaysia 2025 selepas mengharungi uji bakat yang telah dibuat sebelum ini. Mereka adalah Amir, Azren Al Bakri, Didie Shazry, Rayme, Zuana, Wanns Ahmad, Bella, Sharee Lopes, Bosswan dan Aliff Amie.

senarai peserta astro raise the star malaysia 2025

Selain itu, terdapat juga Erika Foo, Faysal Saad, Aiman Hakim, Darling, Melinda Dadew, Keka, Ayiena, Nishman, Zury serta Max Brandon.

senarai peserta astro raise the star malaysia 2025

Bukan itu sahaja, nama-nama seperti Iqmal Romie, Hariz Fayahet, Scha Nuril, Syahera, Aril Eles, Khalyn, Maria Effendi, Halida Ramlee, Syaf Kahar dan Pasya juga tersenarai sebagai peserta.

senarai peserta astro raise the star malaysia 2025

Peserta Yang Tersingkir Setiap Minggu

Jadi bagi yang mengikuti program Raise The Star Malaysia setiap minggu, akan ada peserta atau bintang yang akan tersingkir bermula daripada minggu pertama lagi. Ini merupakan senarainya :

Minggu 1

10 peserta tersingkir iaitu Iqmal, Azren, Bella, Aiman Hakim, Amir, Halida Ramlee, Erika Foo, Wanss Ahmad dan Syahera

Minggu 2

4 peserta tersingkir iaitu Boss Wan, Erika Foo, Syaf Kahar dan Nishman

Minggu 3

2 peserta tersingkir iaitu Khalyn dan Faysal Saad

Minggu 4

2 peserta tersingkir Ayiena dan Maria

Minggu 5

Tiada penyingkiran

Suku Akhir (Minggu 6)

4 peserta tersingkir iaitu Darling, Max Brandon, Melinda Dadew dan Scha Nuril

Separuh Akhir (Minggu 7)

Tiada penyingkiran

Final (Minggu 8) – Senarai Pemenang Dan Top 5

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment