Program pencarian bakat Dewi Remaja 2025 kini sudah memasuki minggu akhir dan pastinya yang ditunggu-tunggu adalah dewi manakah yang bakal bergelar juara Dewi Remaja untuk musim kali ini.
Seramai 6 peserta daripada 12 yang dipilih berjaya mara ke pentas final Dewi Remaja 2025 dan mereka ialah Marisa, Suhaila, Nylea, Dheper, Nelysa Kay dan Ariana.
BACA JUGA : Senarai Penuh Peserta Dan Biodata 12 Peserta Dewi Remaja 2025
Setiap minggu kesemua dewi perlu mengharungi pelbagai cabaran dan setiap daripadanya akan dinilai oleh juri tetap iaitu Nabila Huda bersama Kamal Adli bagi setiap task diselesaikan.
Setiap minggu akan ada senarai bottom 3 yang mendapat markah terendah dan akan ada penyingkiran yang dilakukan. Peserta yang terselamat akan mara ke minggu atau episod seterusnya.
Senarai Pemenang Dewi Remaja 2025
Berikut merupakan senarai pemenang Dewi Remaja 2025 :
- Juara – Nylea
- Naib Juara – Nelysa Kay
- Tempat Ketiga – Dheper
- Tempat Keempat – Marisa
Juara Dewi Remaja 2025 membawa pulang serempang, trofi dan hadiah wang tunai RM15,000. Manakala naib juara juga membawa pulang serempang bersama trofi dan wang tunai RM10,000.
Untuk pemenang tempat ketiga dan keempat, masing-masing membawa pulang serempang, trofi dan wang tunai RM5,000 dan RM2,000 bagi setiap daripadanya.
Pada malam itu juga, turut diumumkan 2 anugerah khas iaitu Dewi Favourite dan Dewi Persabahatan. Untuk Dewi Favourite dimenangi oleh Sharmaine, manakala Dewi Persahabatan jatuh kepada Elisa Chew. Mereka masing-masing bawa pulan serempang, trofi dan wang tunai RM2,000.
Program Dewi Remaja telah berlangsung selama 8 minggu (sehingga final) dimana ianya bersiaran setiap hari Jumaat, jam 1.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan secara online di Sooka.
Malam final diadakan pada 28 November 2024 dan telah berlangsung secara siaran langsung pada hari yang sama.













1 thought on “Tahniah Nylea! Pemenang Juara Dewi Remaja 2025”
Comments are closed.