Jumlah kalori KFC dalam setiap menu yang dijual di Malaysia. Penting Untuk Yang Tengah Diet.
KFC sememangnya antara restoran makanan segera yang sangat popular di Malaysia. Hampir setiap bandar ada cawangan KFC dan ramai orang menjadikannya pilihan mudah apabila mahu makan cepat atau berkumpul bersama keluarga dan rakan.
Jika di KFC, anda boleh nikmati pelbagai jenis makanan dengan menu pelbagai yang disediakan seperti ayam goreng rangup, burger, kentang goreng dan cheesy wedges memang sukar ditolak.

Tapi mungkin ada antara anda tengah kawal pemakanana atau diet. Dengan itu, pengambilan kalori merupakan antara satu faktor yang penting dalam pemilihan menu KFC yang disediakan.
Jadi khusus untuk anda yang nak tahu setiap kalori dalam menu KFC, anda boleh tengok senarai dibawah.
Sebenarnya KFC sendiri ada mengeluarkan panduan pemakanan untuk setiap menu untuk rujukan pelanggannya.
Jumlah Kalori KFC Dalam Setiap Menu Yang Dijual
Anda nak tahu ayam goreng berapa kalori, kentang goreng banyak ke kalori yang ada, untuk burger dan sebagainya, boleh rujuk panduan dibawah. Unit yang digunakan adalah kcal :
Ayam Goreng Original (1 Ketul)
- Drumstik – 160 kcal
- Peha – 287 kcal
- Rusuk – 275 kcal
- Dada – 342 kcal
- Kepak – 188 kcal
Ayam Goreng Hot & Spicy (1 Ketul)
- Drumstik – 179 kcal
- Peha – 313 kcal
- Rusuk – 328 kcal
- Dada – 353 kcal
- Kepak – 204 kcal
Burger Zinger
- Zinger Classic – 573 kcal
- Colonel Classic – 406 kcal
- Zinger Stacker – 879 kcal
- Zinger Cheezilla – 711 kcal
- Zinger Cheezy – 551 kcal
- Cheezy O. R. Deluxe – 501 kcal
Menu-Menu Lain
- Loaded Potato Bowl (M) – 381 kcal
- Cheezy Popcorn Bowl (M) – 388 kcal
- Coleslaw – 150 kcal
- Whipped Potato – 60 kcal
- Loaded Cheeze Fries (L) – 314 kcal
- Fries (M) – 207 kcal
- Wedges (M) – 209 kcal
- Cheezy Wedges (L) – 453 kcal
- Nugget – 260 kcal
- Popcorn Chicken – 383 kcal
- Nasi Colonel – 270 kcal
- Nasi Lemak – 298 kcal
- Butterscoth Bun – 101 kcal
- Hard-Boiled Egg – 66 kcal
- Sunny Side Up Egg – 73 kcal
- Spicy BBQ – 41 kcal
- Jalapeno Cheese Sauce – 72 kcal
- Sambal Sauce – 96 kcal
- Kari Atuk – 100 kcal
- Zinger Riser – 604 kcal
- Egg Riser – 315 kcal
- Cheezy Egg Twister – 585 kcal
- Zinger Porridge – 334 kcal
- Hashbrown – 113 kcal

Untuk menu minuman, anda boleh rujuk seperti dalam gambar
Jadi anda dah tahu semua kandungan kalori dalam menu KFC. Anda boleh buat pilihan mengikut diet anda. Jangan ambil berlebihan, nanti takut gemuk plak kan.
Untuk kesihatan selain daripada kalori KFC ini, sudah tentu kandungan pemakanan lain juga perlu diperhatikan seperti lemak dan garam. Tapi nak makan ok je, cuma jangan berlebihan kan.
Apa-apa pun, KFC tetap best!











