Setiap tahun apabila tiba 17 Ramadan, umat Islam di Malaysia akan memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran. Hari ini dianggap sangat bermakna kerana ia berkait rapat dengan detik pertama turunnya wahyu Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.
Bagi menyemarakkan sambutan tersebut, ramai umat Islam akan berkumpul bagi mengadakan majlis tadarus dan khatam Al-Quran.
Dalam majlis seperti ini, mereka membaca ayat-ayat suci Al-Quran secara bersama-sama sebagai tanda penghormatan dan menghayati keistimewaan hari bersejarah itu.
BACA JUGA : Contoh Ucapan Yang Anda Boleh Gunakan Sempena Hari Nuzul Al-Quran
Selain itu, pelbagai program berbentuk keagamaan turut dianjurkan di seluruh negara. Antaranya termasuk ceramah agama dan pengisian ilmiah yang bertujuan mengingatkan umat Islam tentang peristiwa turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.
Peristiwa Nuzul Al-Quran juga menjadi titik permulaan kepada perkembangan Islam ke seluruh dunia. Dari detik tersebut, ajaran Islam mula tersebar luas sehingga menjadi salah satu agama utama yang dianuti oleh masyarakat di seluruh dunia hari ini.

Hari & Tarikh Bagi Hari Nuzul Al-Quran Tahun 2026 Di Malaysia
Pada tahun ini 2026, sambutan Nuzul Al-Quran dijangka jatuh pada hari Sabtu, 7 Mac.
Di Malaysia, hampir semua negeri menjadikan Nuzul Al-Quran sebagai cuti umum. Namun begitu, terdapat beberapa negeri yang tidak menyenaraikannya sebagai hari kelepasan am, iaitu Johor, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Oleh sebab tarikh tersebut berlaku pada hujung minggu di kebanyakan negeri, timbul persoalan dalam kalangan orang ramai mengenai cuti gantian, khususnya melibatkan penjawat awam serta pekerja sektor swasta yang ingin mengetahui sama ada mereka akan menerima cuti tambahan.
Senarai Negeri Yang Bercuti Sempena Hari Nuzul Al-Quran
Berikut merupakan negeri-negeri serta wilayah persekutuan yang mengisytiharkan Nuzul Al-Quran sebagai cuti umum :
- Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)
- Selangor
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Kelantan
- Terengganu
Bagaimana pula dengan cuti gantian?
Oleh kerana Nuzul Al-Quran pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu, 7 Mac, timbul persoalan mengenai sama ada cuti gantian akan diberikan atau tidak.
Bagi negeri yang mengamalkan minggu bekerja dari Isnin hingga Jumaat seperti Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, cuti gantian biasanya tidak diberikan. Keadaan ini berlaku kerana hari Sabtu sudah dianggap sebagai hari rehat mingguan bagi kebanyakan pejabat dan jabatan.
Namun begitu, situasinya sedikit berbeza bagi negeri yang menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu iaitu Kelantan dan Terengganu.
Oleh sebab Sabtu memang merupakan hari cuti rasmi di negeri-negeri tersebut, cuti gantian kebiasaannya akan diberikan pada hari Ahad, 8 Mac. Perkara ini selaras dengan peruntukan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 bagi sektor awam.
Bagi pekerja sektor swasta pula, pemberian cuti gantian bergantung kepada polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh majikan atau syarikat masing-masing.












1 thought on “Hanya 8 Negeri Ini Yang Akan Cuti Pada Hari Nuzul Al-Quran”
Comments are closed.