Filem Memori 2025 Di Pawagam Mulai 31 Julai Ini

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Filem Memori 2025

Diinspirasikan daripada kisah benar, filem Memori akan menemui penonton mulai 31 Julai 2025 (Khamis) dan seterusnya. Ianya akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia untuk tontonan ramai.

Filem ini merupakan karya asal tuan pengarah sendiri iaitu Abid Hussain. Skrip ditulis oleh Yasmin Yaacob diterbitkan hasil kerjasama antara Creative Stew dan Golden Screen Cinemas.

Genre : Drama
Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 31 Julai 2025
Penulis Skrip : Yasmin Yaacob
Pengarah : Abid Hussain
Produksi : Creative Stew Sdn. Bhd.

Filem Memori 2025

OST Filem

Tajuk Lagu : Moga Baik Sahaja
Penyanyi : Ajai

Barisan Pelakon

Pelakon utama untuk Memori ialah Dato’ Hilal Azman, Hisyam Hamid dan Diana Danielle. Mereka dibantu oleh Anas Ridzuan, Aanantha Rajaram, Pushpa Narayan, Aajaay Suresh dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Dato’ Hilal Azman sebagai Dr. Hassan
  • Hisyam Hamid sebagai Imran
  • Diana Danielle sebagai Rina
  • Anas Ridzuan sebagai Mamat

Sinopsis Filem Memori

Filem Memori Filem mengisahkan tentang hubungan kompleks antara seorang bapa dan anak lelakinya yang dilanda konflik emosi akibat kisah silam yang sukar dilupakan.

Cerita bertambah pilu apabila si bapa disahkan menghidap penyakit Alzheimer, sekali gus menjadi titik tolak dalam usaha anaknya untuk memaafkan dan menyambung semula ikatan yang terlerai.

Trailer

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now