Drama Panggil Aku Dahlia Di TV1

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Drama Panggil Aku Dahlia

Saksikan drama terbaru berjudul Panggil Aku Dahlia yang akan mula ditayangkan pada 28 November 2025. Bersiaran setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 6.45 petang menerusi slot Widuri di RTM TV1 dan secara online di RTM Klik.

Drama adaptasi novel karya Noor Suraya ini merupakan arahan Isma Yusoof bersama Shuhaimi Zulkefli. Skrip ditulis oleh Maizura Ederis, Azril Hamzah, Shida Zali dan Mahanim Mahmood. Merupakan terbitan Jaja Ishak Channel Sdn. Bhd.

Episod : 26
Tayangan : Slow Widuri TV1
Tarikh : Mulai 28 November 2025 (Jumaat – Ahad)
Masa : 6.45 Petang
Pengarah : Isma & Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Jaja Ishak Channel Sdn. Bhd.

Drama Panggil Aku Dahlia

Barisan Pelakon

Menampilkan barisan pelakon seperti Riena Amirah, Razzuan Rosli, Aleeya Asya, Aidit Noh, Hazrat Muaz dan Dato’ Sri Eizlan Yusof.

Selain itu, terdapat juga penampilan daripada Zila Bakarin, Ruzaidi Abd Rahman, Raja Azmi, Lisdawati, Iman Aneesa, Dilla Razak dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Riena Amirah sebagai Putri Dahlia
  • Razzuan Rosli sebagai Wadi Hannan
  • Aleeya Asya sebagai Tasneem
  • Aidit Noh sebagai Farhan
  • Hazrat Muaz sebagai King Shah
  • Eizlan Yusof sebagai Megat Qais
  • Zila Bakarin sebagai Puan Taharah

Sinopsis Drama Panggil Aku Dahlia

Drama Panggil Aku Dahlia mengisahkan tentang Puteri Dahlia iaitu anak tunggal kepada pengusaha Ladang Teh, Megat Qais dan Puan Lorrinda.

Tragedi memalukan yang meragut nyawa ibunya meninggalkan kesan mendalam sehingga membuatkan Dahlia membesar sebagai seorang yang pendiam, sukar menzahirkan emosi dan sering memendam perasaan.

Kerjaya yang sangat diminatinya sebagai arkeologis terpaksa ditinggalkan apabila ayahnya memanggilnya pulang ke Tanah Rata untuk membantu menguruskan syarikat keluarga yang kini berada dalam keadaan kritikal.

Drama Panggil Aku Dahlia

Ditambah pula dengan keadaan ayahnya yang lumpuh dan berkerusi roda, tanggungjawab itu akhirnya terpikul di bahu Dahlia.

Kepulangannya membuka kembali luka lama. Dia dipaksa berdepan kenangan pahit tentang ibunya dan masa silam yang cuba dilupakan.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila dia bertemu semula dengan Wadi Hannan, musuh ketatnya sejak zaman sekolah dan anak kepada pemilik ladang teh bersebelahan.

Dahlia menyimpan dendam terhadap pemuda itu kerana satu peristiwa lama yang masih menghantuinya. Namun tanpa diduga, Wadi sebenarnya menaruh hati terhadapnya.

Dalam usaha menyelamatkan syarikat keluarga, Dahlia turut terbabit dalam pencarian jawapan tentang misteri di sebalik kematian ibunya.

Kepulangannya ke Tanah Rata akhirnya membawa perubahan besar dalam hidupnya, membuka ruang kepada kebenaran dan jalan untuk menyembuhkan luka yang lama terpendam.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now