Setiap tahun, rakyat Malaysia menantikan detik bersejarah tanggal 31 Ogos, iaitu tarikh keramat bagi negara menyambut Hari Merdeka.
Pada tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan ke-68 jatuh pada hari Ahad, 31 Ogos 2025. Tema yang dipilih adalah “Malaysia Madani Rakyat Disantuni”, yang menekankan nilai kebersamaan, kepedulian rakyat serta semangat harmoni dalam masyarakat majmuk.
Dalam suasana penuh patriotik ini, ramai yang mencari contoh ucapan Hari Merdeka 2025 untuk digunakan dalam majlis rasmi, edit poster dan video, mahupun hantaran di media sosial.
BACA JUGA : Contoh Poster Hari Merdeka Yang Anda Boleh Gunakan
Ucapan sempena Hari Merdeka 2025 bukan sekadar kata-kata penghargaan, tetapi juga wadah untuk menyemai semangat cintakan tanah air, mengingatkan jasa pejuang kemerdekaan serta mengajak rakyat bersama menjaga keamanan dan kemakmuran negara.
Sama ada dalam bentuk ucapan pendek atau panjang, mesej utama yang ingin disampaikan tetap sama iaitu rasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Dalam masa sama, galakkan orang ramai rasa patriotik dalam diri.
Bagi yang mencari idea, terdapat pelbagai contoh ucapan Hari Merdeka yang boleh dijadikan inspirasi. Ucapan ini sesuai dikongsikan kepada orang ramai. Dengan cara ini, semangat merdeka terus hidup dan diwarisi dari generasi ke generasi.
Contoh Ucapan Hari Merdeka 2025
Berikut merupakan beberapa contoh ucapan Hari Merdeka 2025 atau Hari Kebangsaan yang ke-68 anda boleh gunakan. Lepas ni boleh share di TikTok, Facebook, Instagram, X dan pelbagai lagi platform media sosial.
Semoga kita terus hidup dalam keamanan, bersatu hati dan saling menghormati.
Kemerdekaan ini adalah amanah untuk kita jaga bersama. Selamat Hari Merdeka.
31 Ogos adalah hari penuh makna. Hari yang mengingatkan kita bahawa kebebasan datang dengan pengorbanan. Hargailah nikmat merdeka ini setiap hari.
68 tahun Malaysia merdeka. Marilah kita terus melangkah ke hadapan dengan semangat persaudaraan. Merdeka untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Selamat Hari Kebangsaan! Biar berbeza budaya dan bahasa, kita tetap satu hati. Itulah kekuatan Malaysia yang sebenar.
Kemerdekaan bukan sekadar cuti umum, tetapi peringatan tentang perjuangan nenek moyang kita. Syukuri nikmat ini dengan menjaga keharmonian.
68 tahun sudah berlalu sejak laungan “Merdeka!” bergema. Hari ini, tugas kita adalah mempertahankannya dengan kasih sayang dan perpaduan.
Selamat menyambut Hari Merdeka! Bendera kita berkibar megah, lambang keberanian dan kebanggaan rakyat Malaysia.
Merdeka adalah hadiah, tetapi menjaga kemerdekaan adalah tanggungjawab. Marilah kita isi hari ini dengan rasa syukur.
31 Ogos mengingatkan kita bahawa kebebasan itu mahal harganya. Jangan biarkan ia tergadai kerana perpecahan.
Selamat Hari Kebangsaan ke-68! Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sentiasa diberkati.
Merdeka adalah warisan perjuangan, tanggungjawab kita adalah mengekalkannya untuk generasi akan datang.

Hari Merdeka adalah hari kebanggaan. Hari kita mengingati sejarah dan menghargai masa depan.
Selamat Hari Merdeka! Semoga semangat patriotik terus subur di hati setiap anak Malaysia.
68 tahun merdeka adalah bukti kekuatan bangsa kita. Marilah kita terus bersatu dan saling menghormati.
Merdeka adalah kebebasan untuk semua. Gunakanlah ia untuk membina negara yang lebih baik. Salam Kemerdekaan Ke-68
Selamat Hari Kebangsaan Ke-68! Mari kita panjatkan doa agar Malaysia sentiasa aman dan damai.
Semangat merdeka tidak pernah pudar. Ia hidup dalam hati setiap rakyat yang cintakan tanah air. Merdeka!
31 Ogos adalah hari untuk kita bersyukur. Kerana hari inilah Malaysia berdiri sebagai bangsa yang bebas.
Selamat menyambut Hari Merdeka 2025! Semoga keamanan ini terus berkekalan sepanjang zaman.
Merdeka memberi kita pilihan, dan pilihan itu adalah untuk hidup bersatu sebagai rakyat Malaysia.
Semoga contoh ucapan Hari Merdeka ini berguna untuk anda. Jangan lupa save! Selamat Hari Merdeka Ke-68 untuk tahun 2025.
Sumber : olacuti.com













3 thoughts on “Contoh Ucapan Hari Merdeka 2025 (Hari Kebangsaan Ke-68)”