Cara Tutup Akaun Facebook Secara Kekal & Sementara (Delete Account)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
facebook

Adakah anda ingin tutup akaun Facebook secara kekal tetapi tidak pasti bagaimana caranya? Mungkin anda mahu delete Facebook kerana ingin berehat dan penat dengan media sosial.

Facebook menawarkan dua pilihan iaitu anda boleh deactivate akaun sementara atau tutup akaun Facebook secara kekal. Jika pilih untuk delete Facebook secara terus, semua data seperti gambar, video, dan mesej akan dipadam tanpa boleh dikembalikan.

BACA JUGA : Cara Start Bisnes Tudung Sehingga Berjaya

Manakala kalau deactivate sementara, kesemua data tersebut masih tersimpan. Oleh itu, sebelum mengambil tindakan, pastikan anda telah menyimpan maklumat penting yang diperlukan.

Kesemua langkah yang ditunjukkan ini adalah mengikut versi facebook yang terbaru, anda perlu lakukan menggunakan laptop di website facebook rasmi sahaja. Nak delete fb, boleh tengok sini.

Cara Tutup Akaun Facebook Secara Sementara (Deactivate)

Jadi kalau anda rasa nak padam sementara atau deactivate akaun facebook, anda boleh ikuti langkah dibawah :

  1. Pergi ke www.facebook.com dan login akaun anda seperti biasa
  2. Klik pada gambar profile anda dan pilih Setting & Privacy > pilih Setting
  3. Klik pada Meta Account Center
  4. Tekan Personal Details pada bahagian kiri skrin
  5. Pilih Account Ownership and Control
  6. Klik Deactivation or Deletion dan pilih akaun facebook personal yang anda ingin tutup sementara
  7. Akhir sekali pilih Deactivate Account dan klik Continue
  8. Ikuti arahan sehingga selesai

Sekiranya anda menjadi satu-satunya admin pada facebook page, ianya juga akan di tutup sementara sehingga anda kembali semula.

Cara Tutup Akaun Facebook Secara Kekal (Delete Account)

Now kalau anda buat keputusan untuk delete akaun secara kekal, anda boleh ikuti langkah dibawah. Pastikan anda sudah backup segala gambar, video pada akaun facebook anda. Kerana ianya akan terpadam secara kekal selepas ini

  1. Layari laman web facebook di www.facebook.com dan kemudian login seperti biasa
  2. Klik pada gambar profile anda, kemudian pilih Setting & Privacy dan pilih Setting
  3. Pada halaman ini, tekan pada Meta Account Center
  4. Kemudian klik pada Personal Details dan pilih Account Ownership and Control
  5. Akhir pilih Delete Account
  6. Ikut arahan sehingga selesai

Sekiranya anda sudah buat keputusan untuk tutup akaun facebook secara kekal, anda tidak boleh lagi login menggunakan emel facebook anda tersebut. Akaun anda juga kini sudah ditutup secara kekal.

Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke bahagian Help Center.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment