Cara Tebus TreatsPoints Maybank Kad Kredit Dengan Air Miles (Air Asia, MAS etc)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
redeem air miles dari maybank treatspoints

Program ganjaran TreatsPoints daripada Maybank kini semakin menarik untuk pemegang kad kredit. Kini, pengguna boleh menukar mata ganjaran kepada Air Miles dengan lebih mudah.

Pilihan penebusan termasuk syarikat penerbangan popular seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Batik Air, Emirates dan banyak lagi. Peluang ini memberi lebih nilai kepada pengguna yang gemar mengumpul mata setiap kali berbelanja dengan kad kredit Maybank.

BACA JUGA : Cara Bayar Kad Kredit Guna Akaun Maybank

Setiap transaksi menggunakan kad kredit Maybank membolehkan anda mengumpul TreatsPoints secara automatik. Mata ganjaran ini boleh digunakan untuk pelbagai ganjaran termasuk baucar, barangan eksklusif dan kini Air Miles.

Dengan penebusan ini, setiap pembelian harian boleh membawa anda ke destinasi impian. Ia sesuai untuk mereka yang kerap melancong atau merancang percutian dengan bajet bijak dan berbaloi.

Maybank menawarkan proses penebusan yang mudah dan fleksibel melalui portal Maybank iaitu di mytreats.maybank.com/my. Anda hanya perlu memastikan jumlah mata mencukupi untuk ditukar kepada Air Miles pilihan.

Nilai penukaran berbeza mengikut syarikat penerbangan yang dipilih. Contohnya, AirAsia BIG Points, Enrich Miles untuk Malaysia Airlines atau KrisFlyer Miles untuk Singapore Airlines yang mempunyai kadar penukaran tersendiri.

Program ini juga membantu pengguna merancang perjalanan lebih efisien tanpa mengeluarkan wang tambahan. Semakin banyak anda berbelanja menggunakan kad kredit Maybank, semakin tinggi peluang menikmati tiket penerbangan percuma. Inilah cara bijak memanfaatkan setiap transaksi harian untuk kelebihan perjalanan masa depan.

Penebusan TreatsPoints kepada Air Miles juga menambah fleksibiliti dalam pengurusan ganjaran. Anda bebas memilih syarikat penerbangan kegemaran bergantung pada destinasi dan keperluan.

Dengan tawaran ini, Maybank terus mengekalkan kedudukannya sebagai penyedia kad kredit pilihan utama rakyat Malaysia. Pastikan anda semak jumlah mata terkumpul dan mula menebus ganjaran perjalanan hari ini.

Kad Kredit Maybank Boleh Kumpul Points

Bukan semua kad kredit Maybank yang menawarkan mata ganjaran seperti TreatsPoints ini, tetapi masih banyak pilihan yang anda boleh dapatkan meskipun dengan tangga gaji serendah RM24,000 setahun (RM2000 sebulan).

kad kredit maybank treatspoints

Jadi sekiranya, anda ingin dapatkan kad kredit Maybank yang ada treatspoints, anda boleh mohon kad seperti dibawah :

  • Maybank Islamic Ikhwan Mastercard/Visa Gold Credit Card-i
  • Maybank Islamic PETRONAS Ikhwan Visa Platinum Credit Card-i
  • Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Credit Card-i
  • Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i
  • Maybank Islamic World Mastercard Ikhwan
  • Maybank Visa Infinite
  • Maybank World Mastercard
  • Maybank Manchester United Visa Infinite
  • Maybank Visa Signature
  • American Express Platinum Credit Card
  • Singapore Airlines KrisFlyer American Express® Platinum Credit Card
  • dan banyak lagi

Jika anda berminat, anda boleh mohon terus melalui portal Maybank2u atau menerusi Ringgit Plus yang menawarkan lebih ganjaran. Anda boleh tengok senarai penuh dan mohon dengan klik butang dibawah :

Cara Semak TreatsPoints Yang Dikumpul

Hari-hari dah buat perbelanjaan melalui kad kredit Maybank, tapi tak tahu dah berapa banyak mata ganjaran atau TreatsPoints yang dikumpul.

Cara paling mudah untuk anda semak berapa dah anda kumpul TreatsPoints, adalah melalui website Maybank2u iaitu di www.maybank2u.com.my/home/. Di aplikasi MAE tak boleh tau, kena buka website juga.

  1. Login website Maybank2u
  2. Pada My Account > Cards
  3. Lihat pada Rewards

Disini akan dipaparkan berapa mata ganjaran atau TreatsPoints yang anda peroleh.

semak treatspoints maybank

Pilihan Air Miles Daripada Maybank Menerusi Redeem TreatsPoints

Setiap daripada syarikat Airlines ini, setiap daripadanya menawarkan points yang berbeza dan kadar tukarannya adalah untuk 500 dan 1000 points. Setakat ini, Maybank telah menyenaraikan 10 syarikat Airlines bagi tukaran Air Miles iaitu :

  • Cathay (1000 point) = 7,000 treatspoints
  • Emirates Skyward Miles (1000 points) = 5,600 treatspoints
  • ETIHAD Miles (1000 points) = 5,600 treatspoints
  • Skymiles Delta (1000 points) = 5,600 treatspoints
  • Batik Air Club (10 points) = 7,000 treatspoints
  • Airasia Points (1000 points) = 5,600 treatspoints
  • KrisFLyer Miles (1000 points) = 7,000 treatspoints
  • KrisFlyer Miles (500 points) = 10,000 treatspoints
  • Enrich Miles (1000 points) = 7,000 treatspoints
air miles dari treatspoints maybank

Cara Tebus Air Miles Menggunakan TreatsPoints Maybank

Untuk tebus atau redeem mata ganjaran TreatsPoints Maybank ini, tidak boleh menggunakan aplikasi MAE. Anda perlu pergi ke laman web yang telah ditetapkan. Ikuti panduan penuh cara tebus Air Miles menggunakan TreatPoints Maybank :

  1. Pergi laman web https://mytreats.maybank.com/my
  2. Skroll ke bawah sampai jumpa ‘Air Miles‘ dan klik padanya
  3. Disini dipaparkan semua jenis Airlines bersama program ganjaran (Enrich, Airasia Points etc)
  4. Pilih 1000 airasia points
  5. Pada ‘Your preferences’, pilih ‘All Cards
  6. Akan dipaparkan points yang diperlukan untuk tebus 1000 treatspoints. Klik ‘Redeem Now
  7. Pada halaman seterusnya, klik ‘Proceed To Redeem
  8. Kemudian anda perlu login akaun Maybank2u anda seperti biasa
  9. Masukkan butiran akaun Airlines (Airasia) anda seperti – First & Last Name dan Membership Number
  10. Ikuti arahan seterusnya sehingga selesai
cara tebus air miles dari treatspoints maybank

Selepas selesai, point yang ditebus tersebut akan masuk ke dalam akaun Air Miles anda. Jadi lepas ni, anda boleh guna point yang diperoleh tersebut untuk tebus tiket percuma atau dapatkan diskaun bagi setiap pembelian tiket penerbangan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment