Ingin tahu cara screenshot iPhone? Mungkin anda baru menggunakan produk Apple dan ingin simpan perbualan penting, tangkap layar aplikasi atau berkongsi maklumat dengan rakan, mengambil screenshot iPhone sangat berguna dalam pelbagai situasi.
Setiap model iPhone mempunyai hampir sama cara untuk screenshot. Bagi pengguna iPhone dengan Face ID, kombinasi butang tertentu digunakan, manakala model dengan butang Home mempunyai kaedah berbeza. Selain itu, ada juga cara tanpa menekan butang, sesuai untuk mereka yang mahukan kaedah lebih pantas dan boleh digunakan di semua jenis iPhone.
Dalam panduan ini, anda akan ditunjukkan langkah-langkah untuk screenshot iPhone iaitu sama ada menggunakan butang fizikal, AssistiveTouch, atau cara yang lebih cepat, semuanya akan diterangkan dengan jelas.
Jangan risau jika anda pengguna baru, kerana setiap langkah dijelaskan secara terperinci supaya anda dapat mengambil screenshot iPhone dengan mudah dan tepat. Jom tengok caranya dibawah.
Cara Screenshot iPhone
Ada 2 cara asas untuk screenshot iPhone dan salah satunya adalah bergantung kepada jenis model iPhone itu sendiri :
1) Cara Screenshot iPhone Dengan Butang
Secara umumnya, untuk screenshot layar iPhone adalah menggunakan kombinasi atau gabungan beberapa butang. Berikut langkah-langkahnya mengikut model iPhone
- iPhone dengan Face ID (Bermula dari iPhone X dan lebih baru) – Tekan butang power (bahagian kanan) dan butang volume Up (bahagian kiri) secara serentak. Maka secara automatik screenshot akan tersimpan dalam galeri
- iPhone dengan Touch ID (iPhone 8 dan lebih lama) – Tekan butang Home dan butang Power secara serentak. Screenshot pada layar akan berlaku dan tersimpan di galeri
2) Cara Screenshot iPhone Dengan Assistive Touch
Cara ini lebih mudah dan tidak perlukan anda tekan mana-mana butang. Hanya perlu sentuh pada screen sahaja. Tambahan pula, langkahnya adalah sama untuk semua versi iPhone. Berikut caranya :
- Buka Setting > Accessbility > Touch > AssitiveTouch, kemudian aktifkan ciri ini
- Secara automatik, akan ada keluar satu ‘dot’ besar pada skrin iPhone anda
- Untuk screenshot, tekan pada ‘dot’ tersebut, dan pilih Screenshot
Dengan itu, ianya akan mengambil screenshot skrin iPhone anda. Jadi anda boleh simpan di galeri dengan tekan butang ‘Done’
3) Cara Screen Panjang (Scrolling Screenshot)
Tambahan, pada ciri ini juga, iPhone menyediakan screenshot panjang atau scrolling screenshot. Sebagai contoh, kalau artikel di website panjang ke bawah, anda boleh screenshot untuk semua artikel tersebut. Caranya adalah :
- Ambil screenshot seperti biasa sama ada menggunakan kombinasi butang atau AssistiveTouch
- Selepas selesai screenshot, klik pada gambar tersebut yang muncul pada bahagian kiri bawah skrin
- Pada halaman screenshot ini ada 2 bahagian iaitu Screen dan Full Page. Tekan Full Page
- Disini akan dipapar seluruh skrin dengan mod yang lebih panjang
- Jika anda berpuas hati, anda boleh simpan di galeri dengan klik Done
Diharap perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang mungkin baru menggunakan iPhone tapi masih tak tahu cara untuk tangkap layar atau ambil screenshot. Guna iPhone X ke iPhone 15, ke iPhone 16 Pro ke, boleh guna panduan ini.
Jadi lepas ni, boleh dah simpan ‘bukti’ kalau ada apa-apa berlaku.

















