Cara Mohon Bantun Laptop Siswa Johor YPJ 2026

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
bantuan laptop siswa jpy 2026

Komputer riba kini menjadi keperluan penting bagi mahasiswa untuk menyiapkan tugasan kelas harian, membuat pembentangan, mengikuti kelas secara online dan mencari bahan rujukan.

Namun, bukan semua keluarga mampu menyediakan laptop untuk anak yang sedang melanjutkan pengajian kerana perlu menanggung pelbagai kos lain seperti yuran, penginapan, pengangkutan dan perbelanjaan harian.

Justeru, Bantuan Laptop Siswa Johor daripada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) boleh membantu pelajar yang layak mendapatkan komputer riba bagi keperluan pengajian.

Bagi Sesi 1/2026, permohonan kini dibuka secara dalam talian kepada pelajar yang memenuhi syarat ditetapkan. Jika anda atau anak anda sedang belajar di IPT dan merupakan anak Johor, semak syarat kelayakan serta cara permohonan sebelum terlepas peluang ini.

Syarat Kelayakan Bantuan Laptop Siswa Johor 2026

Bantuan Laptop Siswa Johor diberikan dalam bentuk sebuah komputer riba kepada pelajar yang berjaya dipilih berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

Bantuan ini bukan diberikan dalam bentuk wang tunai. Pelajar yang layak dan terpilih akan menerima maklumat lanjut daripada pihak YPJ mengenai urusan penerimaan komputer riba tersebut.

Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi ialah:

  1. Anak Johor – Pemohon perlu dilahirkan di Johor dan mempunyai alamat Johor pada MyKad, atau dilahirkan di luar Johor tetapi mempunyai alamat MyKad di negeri Johor.
  2. Menuntut di IPT yang diiktiraf – Terbuka kepada pelajar universiti, politeknik, kolej serta IPTA dan IPTS yang mendapat pengiktirafan.
  3. Peringkat pengajian – Pemohon mestilah mengikuti pengajian peringkat Asasi, Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
  4. Masih berbaki sekurang-kurangnya setahun pengajian – Pelajar perlu mempunyai baki tempoh pengajian minimum satu tahun.
  5. Pengajian sepenuh masa – Permohonan hanya terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  6. Pendapatan keluarga – Pendapatan keluarga tidak boleh melebihi RM10,000 sebulan dan kelayakan akan dinilai berdasarkan syarat pendapatan per kapita yang ditetapkan.
bantuan laptop siswa johor 2026

Tarikh Permohonan Bagi Bantuan Laptop Siswa YPJ 2026

Bagi Sesi 1/2026, permohonan Bantuan Laptop Siswa Johor dibuka mengikut tempoh berikut:

  • Tarikh dibuka : 28 Ogos 2026
  • Tarikh tutup : 18 September 2026

Pelajar yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan perlu mengemukakan permohonan sebelum atau pada 18 September 2026. Jangan tunggu sehingga tarikh akhir untuk membuat permohonan.

Pemohon perlu mengisi beberapa maklumat berkaitan diri, keluarga dan pengajian secara dalam talian. Sebaiknya, semak semua maklumat dengan teliti sebelum menghantar borang bagi mengelakkan sebarang kesilapan.

Cara Mohon Bantuan Laptop Siswa TPJ 2026

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Portal MyEYPJ.

Pemohon perlu mengakses portal tersebut dan menggunakan pilihan log masuk sebagai pemohon untuk meneruskan proses permohonan.

Secara ringkas, berikut ialah langkah yang perlu dilakukan:

  1. Akses Portal MyEYPJ di https://eypj.ypj.gov.my/applicant/. Masuk ke portal rasmi dan cari bahagian permohonan bantuan yang berkaitan.
  2. Log masuk sebagai pemohon. Gunakan akaun yang diperlukan untuk memasuki sistem permohonan.
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan. Lengkapkan butiran peribadi, maklumat pengajian dan maklumat keluarga dengan tepat.
  4. Semak maklumat sebelum menghantar. Pastikan semua butiran telah diisi dengan betul bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses semakan.
  5. Hantar sebelum tarikh tutup. Permohonan perlu dikemukakan sebelum atau pada 18 September 2026.

Pemilihan penerima akan dibuat oleh pihak YPJ berdasarkan syarat dan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Pelajar yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak berkaitan mengenai urusan penerimaan bantuan, termasuk lokasi pengambilan komputer riba apabila ia telah ditentukan.

Selepas mengemukakan permohonan, pemohon disarankan untuk sentiasa memeriksa saluran komunikasi serta maklumat yang digunakan semasa pendaftaran.

Langkah ini penting bagi memastikan sebarang pemberitahuan berkaitan keputusan permohonan tidak terlepas pandang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari portal rasmi YPJ menerusi pautan Bantuan Laptop Siswa YPJ 2026 disini.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now