Biodata Mia Sara – Latar Belakang Seorang Pelakon Dan Fakta Menarik

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
pelakon mia sara

Pelakon Mia Sara, wajah kecil yang kerap menghiasi skrin televisyen menerusi pelbagai drama dan telefilem sekitar lebih sedekad lalu.

Ketika ramai masih mengingatinya sebagai pelakon kanak-kanak, hakikatnya Mia kini sudah pun melangkah ke alam dewasa.

BACA JUGA : Sama-Sama Naik Bersama Mia Sara! Ini Biodata Ringkas Puteri Balqis

Beliau mula terlibat dalam dunia seni hiburan sebagai pealkon seawal tahun 2008 ketika berusia tiga tahun, dan pada tahun 2026, usianya sudah mencecah 21 tahun.

Sepanjang bergelar pelakon kanak-kanak, perjalanan kerjaya Mia Sara boleh dianggap cukup cemerlang.

Sejak mula diperkenalkan kepada penonton, beliau telah membintangi lebih 20 buah drama, telefilem dan filem yang ditayangkan di beberapa saluran televisyen tempatan.

Artikel ini akan mengupas dengan lebih dekat latar belakang Mia Sara, perjalanan seninya serta fakta menarik yang mungkin ramai tak tahu.

Siapa Mia Sara?

Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan, atau lebih dikenali sebagai Mia Sara, merupakan seorang pelakon dan selebriti tempatan yang mula membina nama dalam industri hiburan Malaysia sejak kecil.

Bakatnya mula menyerlah apabila beliau kerap diberikan watak kanak-kanak dalam drama dan telefilem bermula seawal tahun 2008.

Populariti Mia melonjak naik menerusi siri kegemaran ramai Strawberi & Karipap, selain penglibatannya dalam filem terkenal seperti Nur Kasih The Movie dan Papa I Love You.

Kejayaan tersebut turut menghadiahkannya pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24.

mia sara menang ffm24

Kini, seiring peningkatan usia, Mia Sara sedang giat mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon dewasa.

Antara karya terbaharunya termasuk drama berjudul TikTok FYP Macam VIP. Dalam masa yang sama, beliau turut aktif sebagai pempengaruh media sosial dan membina jenama peribadi sendiri.

Biodata Mia Sara

  • Nama Penuh: Mia Sara Nasuha Binti Muhammad Ridhuan
  • Nama Panggilan: Mia Sara
  • Tarikh Lahir: 30 September 2025
  • Tempat Lahir: Kuala Lumpur, Malaysia
  • Umur: 21 tahun (2026)
  • Bidang Kerjaya: Pelakon, model, influencer, Usahawan
  • Instagram: @therealmiasara

Kehidupan Peribadi & Keluarga

Dari segi latar belakang keluarga, Mia Sara merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik kandung dan turut mempunyai adik-beradik tiri.

Difahamkan, ibu bapa kandungnya telah berpisah ketika beliau masih kecil. Sejak itu, Mia menetap bersama bapanya dan ibu tiri, Nor Amishah Othman.

Bapanya memainkan peranan penting sepanjang perjalanan awal kerjaya Mia sebagai pelakon kanak-kanak. Beliau bukan sahaja menguruskan jadual seni anaknya, malah memastikan kebajikan Mia sentiasa terjaga ketika berada di lokasi penggambaran.

ibu bapa mia sara

Sokongan keluarga menjadi faktor utama yang membantu Mia kekal relevan dalam industri hiburan sejak usia muda. Bapanya juga sering tampil memberikan kenyataan rasmi kepada media sekiranya timbul sebarang isu melibatkan anaknya.

Dari sudut penampilan, Mia mula mengenakan hijab sepenuhnya ketika berusia sekitar 11 tahun, iaitu pada tahun 2016. Keputusan tersebut dibuat dengan restu dan dorongan ahli keluarga terdekat.

Mia Sara Bertudung

Fakta Menarik Tentang Mia Sara

  • Mula terlibat dalam dunia seni hiburan seawal usia 3 tahun
  • Memilih untuk berhijab sepenuhnya selepas pulang mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2016.
  • Pernah mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Shafi sejak berusia sembilan tahun sebagai langkah awal mengasah bakat seni.
  • Mempunyai kebolehan bermain ukulele hasil pembelajaran sendiri melalui YouTube. Beliau juga bercadang mendalami alat muzik lain seperti piano atau gitar pada masa hadapan.
  • Gemar mendengar muzik beraliran balada dan R&B.
  • Akaun Instagram miliknya kini mencatatkan lebih dua juta pengikut setia.
mia sara nasuha

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now