UPKK 2025 : Tarikh Keputusan Diumumkan Dan Cara Semak

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
semak keputusan upkk

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi tahun 2025 akan diumumkan pada 25 Februari 2026. Pengumuman rasmi tersebut dijadualkan berlangsung tepat jam 10 pagi.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, menjelaskan bahawa keputusan peperiksaan berkenaan akan disiarkan secara rasmi pada waktu yang telah ditetapkan.

Kenyataan itu turut dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi jabatan berkenaan bagi memastikan maklumat sampai kepada orang ramai.

Cara Semak Keputusan UPKK 2025

Pada hari yang sama, ibu bapa, penjaga serta calon boleh mula membuat semakan keputusan bermula jam 12 tengah hari.

Semakan boleh dilakukan secara online melalui laman web rasmi di https://semakan.islam.gov.my/ dengan memasukkan Nombor MyKid atau Nombor Kad Pengenalan Khas berserta Nombor Angka Giliran calon.

Selain itu, slip keputusan penuh UPKK Tahun 2025 boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula 26 Februari 2026, iaitu pada hari Khamis. Waktu pengambilan slip adalah tertakluk kepada ketetapan yang akan dimaklumkan oleh pihak sekolah berkenaan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now