Umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa Ramadan bagi tahun 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi pada 19 Februari, hari Khamis. Perkara tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Pengisytiharan rasmi berkenaan telah dibuat menerusi siaran langsung di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi, sekali gus mengesahkan tarikh permulaan Ramadan untuk seluruh negara.











