Ucapan takziah dalam Islam merupakan ungkapan simpati dan doa kepada seseorang yang kehilangan insan tersayang. Ia biasanya diucapkan ketika berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga, sahabat atau jiran.
Ucapan ini bukan sekadar kata-kata belas kasihan, tetapi juga satu bentuk doa agar Allah memberi ketenangan dan kekuatan kepada mereka yang berduka. Dalam Islam, mengucapkan takziah dianggap sebagai amalan yang digalakkan kerana ia menunjukkan rasa prihatin terhadap sesama Muslim.
Ucapan salam takziah boleh diungkapkan secara lisan, melalui mesej atau tulisan. Ia menenangkan hati dan mengingatkan bahawa setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Allah.
Kata-kata seperti “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” sering disebut sebagai tanda redha dengan ketentuan Ilahi. Ucapan ini juga membantu keluarga si mati menerima kehilangan dengan hati yang sabar.
Selain itu, ucapan salam takziah ini bukan hanya tentang kata-kata, tetapi juga sokongan moral dan kehadiran. Kadangkala, diam bersama sudah cukup memberi ketenangan.
Dalam kehidupan seharian, mengucapkan takziah dengan ikhlas mampu menguatkan hubungan silaturrahim dan menzahirkan nilai kasih sesama manusia.
Contoh Ucapan Takziah Dalam Islam Yang Anda Boleh Ungkapkan
Berikut merupakan antara contoh-contoh ucapan salam takziah dan doa sekiranya anda inginkan ungkapkan kepada ahli keluarga atau rakan-rakan yang baru sahaja kehilangan insan tersayang meninggal dunia.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan menempatkannya di kalangan orang beriman.
Salam takziah buat keluarga. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini.
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya. Moga roh arwah dicucuri rahmat Allah.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa arwah dan menerima segala amal kebaikannya.
Takziah atas kehilangan yang dirasai. Moga Allah menenangkan hati dan memberi kekuatan kepada seluruh keluarga.
Inna lillah. Semoga roh arwah ditempatkan di syurga bersama orang-orang soleh.
Kehilangan ini amat berat, namun percayalah Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba-Nya.
اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الجَنَّةَ وَنَجِّهِ مِنَ النَّارِ
Allahumma adkhilhu al-jannah wa najjihi minan-nar
Ya Allah, masukkanlah dia ke syurga dan lindungilah daripada api neraka.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keampunan buat arwah.
Salam takziah. Moga keluarga terus tabah dan redha dengan ketentuan Ilahi.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Semoga Allah lapangkan kubur arwah dan beri ketenangan abadi.
Takziah buat seisi keluarga. Semoga setiap doa menjadi cahaya buat arwah di alam sana.
Semoga Allah gantikan kesedihan ini dengan ketenangan dan kekuatan iman.
Setiap ujian datang dengan hikmah. Moga kalian terus kuat dan sabar.
Allah lebih menyayangi arwah. Semoga dia damai di sisi-Nya.
Salam takziah. Kami turut berdukacita atas pemergian insan yang dikasihi.
Moga Allah memberi ganjaran pahala atas kesabaran menghadapi kehilangan ini.
Inna lillah. Semoga arwah diterima dalam kalangan hamba yang diredhai.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ
Allahumma ighfir lahu warhamhu
Ya Allah, ampunilah dosanya dan rahmatilah dirinya
Kehilangan ini satu ujian berat. Semoga Allah permudahkan segalanya buat keluarga.
Doa kami mengiringi arwah. Moga dia tenang di sisi Allah.
Takziah atas pemergian insan tercinta. Semoga segala amalannya diterima Allah.
Moga setiap air mata menjadi bukti cinta dan keredhaan kepada takdir Allah.
Inna lillah. Semoga arwah mendapat tempat di taman-taman syurga.
Salam takziah. Tiada kata mampu menghapus duka, namun doa mampu menenangkan jiwa.
Setiap kehilangan membawa duka, tapi juga mengingatkan kita bahawa hidup ini hanya sementara. Semoga Allah menggantikan kesedihan ini dengan ketenangan dan pahala kesabaran.
Semoga Allah memberi kesabaran dan kekuatan menghadapi kehilangan ini.
Arwah telah pergi meninggalkan dunia, namun doa kita akan terus mengiringinya.
Moga Allah merahmati roh arwah dan memberi ketenangan abadi.
Takziah buat keluarga yang diuji. Ingatlah, janji Allah itu pasti bagi mereka yang sabar.
Takziah buatmu sahabat. Semoga Allah mengampuni dosa arwah, meluaskan kuburnya dan menempatkannya di sisi orang yang beriman. Ingatlah, doa kita tetap sampai kepada mereka yang telah pergi.
Salam takziah sahabat. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketenangan hati atas kehilangan ini.
Moga Allah mengampuni arwah dan menempatkannya bersama orang beriman.
Kehilangan ini sementara. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi di syurga kelak.












